ALFATIHAH buat Nur Azrin

ALFATIHAH buat arwah NUR AZRIN
(19 November 1989 – 8 June 2014)

“Keluar dari dewan exam terus dapat berita sedih. Sahabatku arin sudah dijemput ALLAH. Innalillah.. rasa terkilan sangat sebab tak sempat nak bertemu arwah. Planning nak pergi jumpa Arin after final. Semoga ALLAH tempatkan beliau dikalangan orang yang beriman. ALFATIHAH..”

Tiba – tiba aku terima whats app daripada seorang sahabat aku
“syitah...arin dah meninggal”
SUBHANALLAH...
ALLAHUAKHBAR...
Berita yang sangat mengejutkan aku pagi tadi selepas selesai keluar dari dewan peperiksaan. Tangan terketar – ketar membuat panggilan. Sebab rasa macam dalam mimpi. Hati rasa sebak tak terkata. Terkilan sangat – sangat. Memang aku nak sesangat melawat Arin di hospital Ampang. Tapi aku mahu selesaikan dahulu perjuangan aku. Namun, ALLAH lebih sayangkan Arin dan jemput Arin lebih awal. Itulah dikatakan ajal maut tidak siapa pun mengetahuinya.

Nur Azrin,
Seorang sahabat aku aku kenal di UiTM Arau, Perlis. Pelajar engineering yang sangat periang dan happy go lucky. Yeahh... kami berbeza course tapi kami mengenali satu sama lain. Sebenarnya Azrin adalah roomate kepada classmate aku. So aku ni selalu laa pergi riuh – rendah kan bilik classmate aku ni. Sekali dapat kenal roomate dia yang kepala ting tong macam aku. So di situlah bermulanya perkenalan kami tahun 2007 sehinggalah habis diploma kami tahun 2010. Aku kerap laa pergi bilik diorang. Gelak – gelak sana sini. Memang kelakar bila fikirkan macam – macam aksi nya. Dah macam kenal lama masa tu. Padahal baru sahaja kenal. Masa memula tengok Azrin ingatkan dia orang Penang, rupanya orang Negeri Sembilan. Cantik dan manis sangat orang nya. Paling utama kalau tengok Azrin terus bermain di fikiran “ORANG YANG HAPPY GO LUCK DAN SUKA GELAK”. Kemudian Azrin dah balik negeri sembilan dan bekerja. Aku hanya tahu perkembangan Azrin melalui Facebook. Ada juga beberapa tahun lepas Azrin ada update yang beliau telah disahkan menghadapi kanser lukemia. Subhanallah, masa itu aku memang terkejut tengok Azrin update gambar yang berada di hospital untuk dapatkan rawatan. Alhamdulillah lepas beberapa bulan aku tengok perkembangan beliau kembali seperti sedia kala. Ada juga kadang – kadang aku tanya perkhabaran beliau melalui Facebook. Kemudian hujung tahun 2013 aku dapat wedding invitation from Azrin. Alhamdulillah Azrin dah nak tamatkan zaman anak dara beliau. Rasa happy tengok sahabat sudah mahu membina masjid. Tapi sayang aku tak dapat tengok live dan berada disisi Azrin masa hari perkahwinan beliau. Hanya dapat cuci mata di laman sosial Facebook sahaja. Kemudian awal bulan May 2014 aku digemparkan dengan berita Azrin masuk ICU di Hospital Ampang kerana keadaannya agak kritikal. Beberapa rakan karib Azrin melawat beliau. Tapi aku terpaksa tunggu selepas 21 June 2014 untuk tunggu habis semua paper final aku. Namun ALLAH lebih sayangkan Azrin. ALLAH tidak mahu lagi Azrin tanggung kesakitan dan penderitaan. Akhirnya 8 June 2014, ALLAH telah mengambil Azrin dari alam dunia. Innalillah....
ALFATIHAH buat sahabtku Nur Azrin...
Bersemadilah dikau di sana sayang...
Hanya doa dari kami sebagai sahabat untuk diri mu sayang..
Pekenalan kita hanya tujuh tahun akan jadi kenangan selamanya...
Semoga ALLAH tempatkan arwah Nur Azrin di kalangan orang – orang yang beriman...

(alhamdulillah baru sahaja selesai basa YASSIN untuk Nur Azrin. Tidak pernah aku sangka suatu hari nanti aku akan membaca YASSIN untuk sahabatku yang sudah di panggil ALLAH lebih awal dari aku. Air mata jatuh mula membasahi pipi. Air mata yang mengalir mengenangkan kenangan bersama Azrin yang penuh gelak tawa kegembiraan. Sayang Nur Azrin selamanya...)

No comments:

Post a Comment