MeLaKa VaCaTioN


sHoRT VaCaTioN To MeLaKa
(30.5.2014 – 1.6.2014)

Assalamualaikum semua readers,
Hari ini ita baru berkesempatan nak kongsi cerita “short vacation to Melaka” dengan you all semua. Short?? Yups... memang short trip sahaja pun sebab hanya tiga hari. Tapi kalau ikutkan kiraan perjalanan semua bagai hanya dua hari sahaja.
Sebenarnya along ita ada urusan kerja di Melaka pada weekend tersebut. Secara kebetulan ita dah mula cuti “study week” for two weeks. Kenapa pulak two weeks?? Sebab kelas habis awai. Yahooo.... yabedabedo.... BIG SMILE hokeyhh.
Dah lama sangat tak ke Melaka. Last sekali ke Melaka pada tahun 2011 rasanya dengan abah dan mama masa ikut diorg balik Johor. Tu pun hanya sekejap sahaja di Melaka.

Seminggu sebelum ke Melaka, ita ada hubungi seorang sahabat cik Farhana yang memang menetap di Melaka. Beliau merupakan kawan kepada KakLong ita. Mula kenal masa ita ikut kaklong ita ke Kuala Lumpur. Masa tu kaklong ita masih status tunang kepada along ita. Kemudian jumpa la cik Farhana ni. Seperti biasa ita yang happy go lucky dan mudah mesra ini terus menjadi rapat walaupun hanya spent satu hari sahaja dengan cik Farhana. Perkenalan kami diteruskan melalui laman Facebook. Terima kasih lagi sekali Facebook. Dan persahabatan ini kekal sehingga ke hari ini dan saat ini. Setelah ‘deal’ dengan cik Farhana dan KakLong, akhirnya kami turun ke Melaka dengan ‘COMPLETE PLANNING’. Empat hari sebelum ke Melaka, ita dah pulang ke Penang dengan segera untuk persiapan.

JUMAAT (30.5.2014)
Perjalanan kami dari Pulau Pinang ke Melaka bermula jam0900. Buat pertama kalinya ita naik Jambatan Pulau Pinang ke-2. Haa.. orang Pulau Pinang pun baru dapat naik selepas tiga bulan perasmiannya. Sumpah panjang gila macam ulaq kena palu punya bengkang – bengkok bagainya. Kemudian kami masuk Serdang untuk makan LARVA GRILL BURGER special di Serdang. Tapi sayangnya tutup pula. Kemudian perjalanan kami di teruskan. Bila along bawa kereta, adiknya jadi permaisuri di belakang buat taik mata. Hehhehehhee. Ngantuk teruk tak taw kenapa. Jalan ke Melaka dari Kuala Lumpur punyalah sesak Ya Rabbi. Memang sakit badan keletihan sebab dalam kereta. Alhamdulillah jam1600 kami selamat tiba di destinasi dan terus check – in hotel. Berehat dan tidur seketika (tidur lagi). Kemudian kami mula bergerak ke bandaraya Melaka. Along bawa makan ASAM PEDAS CLAYPOT. Well orang Melaka memang famous dengan ASAM PEDAS. Selepas selesai makan, kami ke JONKER WALK. Tempat dia ala – ala macam night market ni Penang. Tapi di Melaka seolah – olah macam masuk perkampungan Cina. Semuanya bangsa mereka sahaja. Selepas itu kami menuju ke Melaka Cruise. Naik cruise lalu sepanjang sungai melaka. Kemudian pulang semula ke Hotel dan tidur.

(gambar masa atas cruise)

SABTU (31.5.2014)
Hari ini adalah hari ‘FULL’ kami. Sememangnya segala perancangan yang di rancang adalah untuk aktiviti pada hari sabtu. Kami ke SAFARI WONDERLAND AND OLD WEST (cowboy town). Last sekali ita ke sana pada tahun 2006. Sudah LAPAN TAHUN berlalu dan banyak perubahan yang berlaku. Sebab dah pernah pergi dulu tu yang suggest kepada KakLong dan Cik Farhana ke sana. Tempat nya agak pendalaman sedikit. Ini ada beberapa details tentang tempat ktorg pergi


Safari Wonderland  (9.00am–5.00pm (Daily))
Safari Wonderland ni dia macam zoo laa. Lebih kurang macam tu la. Dah nama pun Safari kan. Tapi yang paling besh kat Safari Wonderland ni ada showtime. Semuanya ada empat show (MULTI ANIMALS SHOW + BIRDS SHOW + ELEPHANT SHOW + WILD WILD WEST).  Setiap show nie ada time - time dia tersendiri la. So kena ikut flow time show ni. Memula kami sampai dah nak mula Elephan show. Terus segera masuk tengok Elephant show. Memang pandai giler arr diorg latih semua gajah-gajah kat situ. Paling comel tunjuk cara gajah tidur. Then ada sekoq gajah ni tidur tak nak bangun. Then kawan dia kejutkan dia pun dia taknak bangun. Then kawan dia amik air dan simbahkan. Alololololo... Sangat comel hokeyh. Serius sangat comel. Kemudian gajah ni ada yang pandai drawing. Fuhh... memang hasil lukisan sendiri. Duduk sesorang masih terfikir berapa lama diorg take time nak ngajar semua gajah-gajah kat situ kan. Habis Elephan show, ktorg naik satu van yang penuh pagar masuk tengok binatanag - binatang. Dapat tengok live harimau dan singa. Semuanya open air sahaja. Seterusnya kami pergi tengok MULTI ANIMAL SHOW. Show ni pon besh jugak. Ada binatang ni pandai calculation hokeyh. Tambah dan darab semua dalam kepala otak dia saja. Seterusnya Bird show. Fuhh.... HELANG BESAQ GEDABAK depan mata baq ang. LAst sekali show kemuncak adalah Wild Wild West Show. Dia macam cerita koboi - koboi. Tembak sana tembak sini. Diorg tembak sungguh hokeyh. Baling bomm meletoppss kebaboo. Pecah tangki ayaq semua la. Kesian Adama Asyraf terkejut banyak kali. Tapi serius memang tak rugi sangat masuk semua ni. 
Maklumat lebih lanjut boleh tengok di Safari Wonderland Info

Water Theme Park
(11.00am-7.00pm (Monday –Friday)
(9.00am – 7.00pm (Saturday – Sunday, Public & School Holiday)
Close every Tuesday except for Public & School Holiday.
Water Theme Park ni tempat dia lebih kurang macam Bukit Merah LakeTown Resort dan Tambun Waterpark dan Sunway Lagoon. Haaa...cam gittu jaa tempatnya. Tempat mandi - manda gitew laa. Tapi kami tak masuk Water Theme Park sebab tak amik package sekali. Lagipun bawa baby kecik macam tak sesuai ja nak ke sana. Tapi ita dah pernah masuk masa LAPAN TAHUN lepas laa. Tu yang boleh tahu keadaan dan temptnya camna. Tapi kalau nak maklumat lebih lanjut boleh tengok di   Water Theme Park Info


OLD WEST (cowboy town) - Daily : 6pm-12am.
Old West nie show time malam yang ala-ala cowboy town giteww. Memang menarik tempat dia. Ada dua show time ( RED INDIAN + MUSICAL). memang rancak juga la layan malam tu. Orang ramai tak yah cakap laa. Habis show semua then ada pertunjukkan bunga api for end of the show. Then Balik. Tapi sangat happening. Rasa macam kat oversea punya show taw.

"The night has only just begun when you step into ‘Cowboy Town’ – a totally old western feeling will come alive at these moments. It’s time when you come face to face with its rustic buildings, antiques, cowboys and cowgirls, red Indians, country songs and stunt shows. Cowboy Town features a wide variety of outlets where entertainment is the name of the game such as restaurants, disco, beer garden, shopping village, game centre, bowling alley, children theme park and funfair. There is so much to do and enjoy, fascinating shows, stunning performance give you limited fun, laughs and joy. Our cowboys & indians vow to provide you good evening times."
 Maklumat lebih lanjut boleh tengok di Old West Info


SELESAI AKTIVITI SEHARIAN. Serius memang tak rugi sangat masuk semua ni. Kami ambil package SAFARI WONDERLAND + LUNCH + OLD WEST = RM75.00 (murah sikit la)
Kalau beli satu - satu enterance lagi mahal. Sebab setahu ita price dia
Safari Wonderland Sahaja = RM50.00
Old West Sahaja = RM45.00 
Nak masuk waterpark susah pulak sebab ada baby. Macam tak sesuai pulak nak bawa ke tempat cam gittu. Bayangkan laa bawa ke tempat Safari pon tengok Adam Asyraf dah kesian. Dengan peluh bagai. Dia bukan tau apa pun lagi. Tapi rancak mummy, atchu, aunt fana dan uncle farhan yang over excited sebenarnya. Hehhehehe.. seriously ENJOY...


AHAD (1.6.2014)
Hari terakhir kami di Melaka. Tempat yang wajib di kunjungi adalah COCONUT SHAKE KLEBANG. Haaa..... asyik dok dengar orang cakap sedap sedap sedap. So, apa lagi?? Orang Penang pon datang la serbu tempat famous itu. SUMPAH...!!memang sedap. Ita makan nasi lemah TIGA BUNGKUS dan COCONUT SHAKE dua gelas. Hamik kawww.... punya macam Allien makannya. Selera melampaw. Hehhehehehhe. Baru rasa sedap sungguh nasi lemak Melaka. Sesuai dengan citarasa ita. Kemudian pusing – pusing jejalan di Bandaraya Melaka dan kami bergerak pulang ke utara jam1800. Seperti biasa kesesakan lalulintas di highway utara selatan yang melampaw. Singgah dulu ke LARVA GRILL BURGER. Yess... kali ini buka.. yahooo.... menjamu selera sebelum memulakan perjalanan pulang. Alhamdulillah jam0200 selamat tiba di bayan baru. Sambung tidur sampai esok pagi.


Ucapan Jutaan Terima Kasih Kepada:
Along dan KakLong sebab bawa ita jejalan ke Melaka
Cik Farhana sebab sudi jadi pemandu pelancong untuk orang Penang

Cik Farhan kawan kepada Cik Farhana sebagai bodyguard we alls dan melayan segala kerenah orang Penang. Masuk kereta buka radioa nyanyi sekuat hati. Terkejut Cik Farhan tengok orang Penang punya style BAQ ANG.... Hehheheheh. Really enjoy for three days >__<

No comments:

Post a Comment