L.A.N.G.K.A.W.I

aSSaLaMuaLaiKuM
>>L.A.N.G.K.A.W.I<<

Hari ini ita nak kongsi cerita ita dan kekawan ke LANGKAWI. Sebenarnya cerita LANGKAWI ni dah agak lapok sebab ktorg pergi masa bulan lepas (JUNE). Tapi nak jugak update dalam blog sebagai kenangan. Yerlah nanti bebila online buka blog, dapat baca balik segala kenangan. Nak ingat setiap satu memang susah la kan kalau kita tak catat pada mana-mana tempat. Dah kembali kepada kisah yang asalnya... CERITA LANGKAWI KAMI BERTIGA.

Vacation to LANGKAWI ini sudah di planning pada bulan APRIL lagi. Biasa lah bila stress belajar pulun bagai nak gila (seb bek tak masuk hospital gila). Kekadang memang rasa perlukan satu masa dan ketika untuk rehatkan minda dan otak yang sudah berfungsi dan bertungkus – lumus menolong tuan badan. Searching sudah di buat pada bulan April dan May untuk melawati tempat – tempat yang menarik di LANGKAWI. For me, LANGKAWI ni setiap tahun tempat yang wajib pergi la. Sebab dulu ita belajar di Perlis. Setiap tahun mesti pijak kaki ke sana dengan kekawan atau keluarga. Apa yang best sangat LANGKAWI? Mai sini cek cerita baq mai...CONFIRM SEMUA NAK PI JUGAK...!! >__<
(Malaysia pun ada tempat menarik dan tertarik untuk dikunjungi)

Alhamdulillah selesai sahaja paper yang terakhir. Barang – barang sudah mula di ‘packing’ untuk short trip to LANGKAWI tiga hari dua malam. Kami memilih ‘weekdays’ sebagai hari untuk ‘holiday’ kami. (bajet senang tak ramai orang dan serba – serbi semua senang cerita laa). Isnin hinga rabu adalah hari pilihan kami (16 June 2014 – 18 June 2014). Selepas minggu cuti sekolah.

16 June 2014 (Monday / Isnin)
Selepas sahaja kedengaran azan Subuh “ALLAHUAKHBAR....ALLAHUAKHBAR...”
Kami pun segera menunaikan solat Subuh sebab kami nak naik ferry ke LANGKAWI paling awal dari jetty Kuala Perlis. Tepat Jam0615 kami mula gerak keluar dari pintu utama menuju ke Kuala Perlis. Dalam perjalanan tetiba jumpa kedai nasi lemak punya lah ramai orang, perut berbunyi, kami singgah sat nak beli makanan bungkus dan kemudian memulakan perjalanan kembali ke Kuala Perlis dari Sintok. (cerita serupa jauh sangat sintok dan kuala perlis kan. Padahala dalam 30minit sahaja walaupun dua negeri yang berbeza). Alhamdulillah selamat tiba di jetty Kuala Perlis jam0645. Kemudian kami dok pikiaq nak parking kereta kat mana untuk tiga hari dua malam. Alhamdulillah sekali ada sorang abang tu mai bagitau, terus segera menuju tempat yang diberitahu. Masa tu macam kalut – kalut sikit sebab dengan Chulin dok sakit perut, dengan tak tau nak pilih parking mana takut jauh, dengan dok rasa macam ferry dah nak tinggai. Semua jadi macam huru-hara skit laa... MAMI PENANG PUNYA STYLE KUAQ BAQ ANG..!!.. selesai parking kereta yang agak selamat, bawa turun beg segala bagai dan terus menuju ke jetty. Oh yaaa..parking kereta ke LANGKAWI di jetty Kuala Perlis adalah RM10 untuk SEHARI. So, 3hari X RM10 = RM30.  Dah sampai kat jetty terus ke kaunter nak beli tiket, sekali
“LAMBAT EMPAT MINIT..!!FERRY DAH BERTOLAK,,,NEXT FERRY PUKUL 8.15am..”
(masa tu tengok jam baru pukul 7.04am. memang PANTUAL SUNGGUH. Masa tu rasa nak reyau taw!!bangun pukul 5.00am sebab nak rushing hambat ferry pukul 7.00am. bawa kereta laju bagai...takpa..SEMUA ADA HIKMAH.bawa bersabaq sat)

(We aRe ReaDy To sTaRT OuR JouRNeY)
Sementara nak tunggu ferry jam0815, kami pi breakfast di warung depan jetty tu. Seb bek la dok sembang ambil gambar bagai, masa berlalu pantas dan ferry seterusnya dah sampai. Masa ni masing-masing muka dah happy senyum lebaq sebab rasa lega dah dapat pi LANGKAWI.. Tiket ferry dari KUALA PERLIS – LANGKAWI (RM18.00 seorang / one way). Besh naik ferry dari Kuala Perlis sebab tak rasa sangat mabuk laut sebab perjalanan hanya 45minit. Ohh yaa,,,lupa nak bagitau masa memula. Kami punya vacation ni takdak booking sana sini, hanya tempat penginapan sahaja yang di booking awal. Yang lain semuanya ‘gamble’ sahaja. Setibanya di jetty LANGKAWI,,, terus jerit...
“LANGKAWI.....AKU SAMPAI DAH NI,,,NAK HABAQ MAI....!!”
(okey, agak over sikit di situ yaaa dengan perasaan ferry kena tinggai pada mulanya)
Dalam ferry lagi dah planning kami tiga orang, sorang cari peta LANGKAWI, sorang cari KERETA SEWA. Terus dapat sorang pakcik kereta sewa ni, tapi sebab kereta dia agak “takuit nak naik”. Last sekali pilihan kami adalah “abg.razif”(senior ita dulu masa di UiTM). Dapatlah kereta Atos AUTO. Yahooo... holiday kami di LANGKAWI TIGA HARI DUA MALAM BERMULA..hoyyeahhh yeahh yeahh.... gembira teruk sebab ita tak payah drive kereta. Yabedabedoo...

(KaMi DaH SaMPai LANGKAWI)
Peta pun dah dapat, maka lokasi pertama kami adalah ke KOLAM AIR PANAS. Haaa...mesti ramai yang tak tahu kan LANGKAWI ada KOLAM AIR PANAS. Sebenarnya ita pon tak tau, tapi tak perlu risau. Semuanya hanya di hujung jari. Terima kasih MR.GOOGLE. “FREE ENTRY” untuk Kolam Air Panas. Kawasan dia sangat cantik sebab ala-ala macam village style gitew. Tapi u alls semua jangan laa bayangkan kolam dia sebesar swimming pool ek. Just small size sahaja untuk rendam-rendam kaki gitew. Takdak laa kolam besaq boleh rendam satu badan semua. Air dia memang panas suam – suam gitew. Sedap laa rendam kaki sambil sembang-sembang.
(KoLaM AiR PaNaS LANGKAWI)
Kemudian kami ke lokasi seterusnya iaitu WILD LIFE PARK (WLP). Dalam lima minit sahaja dari Kolam Air Panas. Ini adalah kali kedua ita ke sini. Sebab besh sangat tempat dia, masuk banyak kali pon takpa. RM15 per entry for Malaysian (kena tunjuk IC) and RM12 per entry for students (kena tunjuk student card). Pastu ada laa sesi ambil gambar dengan burung kat entrance nak masuk tu. WLP ni terdapat pelbagai jenis binatang macam buaya, burung, monyet, kancil, arnab dan macam-macam lagi laa. Semuanya jinak – jinak dan boleh pegang sendiri yaaa. Paling besh masuk kat kawasan “bird”. Burung kat situ semua jinak – jinak belaka laaa.. Ita punya hyper happy, tepuk tangan kuat – kuat, sekali habis semua burung terbang lari. Terkejut gak pasaipa semua terbang. Then staff situ cakap takdak lg orang tepuk2 camtu. Ehhehehhehehe. Selain itu, u alls feel free untuk feed all the animal. Binatang kat situ pun semua jinak – jinak belaka akan pi kat u alls minta makan. Tapi jangan risau kena gigit manja gitew jaa dengan binatan kat situ.

(WiLD LiFe PaRK LANGKAWI)
Seterusnya kami menuju ke Craft Complex di pantai pasir hitam untuk tengok hasil kristal yang di buat depan mata sendiri. FREE ENTRY untuk Craft Complex. Sangat kagum dengan  hasil seni ukiran seorang abang yang memang sangat kreatif. Kemudian kami singgah makan tengahari di sebuah warung makan di pantai pasir hitam sambil shopping beberapa jualan barang yang agak murah.
(DaLaM CaBLe CaR LANGKAWI)
Kemudian kami memulakan destinasi seterusnya ke LANGKAWI CABLE CAR di Puncak Gunung Machinchang dengan ketinggian 4,274ha. Last sekali masa ita naik Gunung ini pada tahun 2008 selepas 6tahun ita naik semula. Teringat kisah enam tahun dahulu yang sangat menakutkan. Tapi kali ni dah agak matang sikit sebab dewasa kan. Wahhh bajet berani dah ita masa ni. Entrance fee dia tak salah RM15 (tak igt dah). Kami bertiga dengan penuh keberaniaan nya naik lah ke puncak GUNUNG MACHINCHANG. Masa memula tu chulin dah tarik diri. Kak anim orang yang paling berani n cool. Ita as usual laa suka buat berani. Last-last dalam cable car sunyi sepi teroih muka pucat. Tapi paling besh dalam cable car kami ada "mak.aji".ehheheheh. dapat dengar bacaan ALQURAN. alhamdulillah. bukan semua cable car dapat dengar bacaan ALQURAN. memang special sangat. Setibanya kami di stesen pertama di puncak. Wahh... masing - masing muka pucat. Hehhehe. Bukan semua laa.. Kak anim maintain paling cun hokeyhh. Subhanallah, cuaca masa tu agak macam mendung - mendung sedikit. Fuhh.. memang layan jiwa laa beb. Angin memang sejuk habis sampai ke tulang. Kemudian kami naik semula ke stesen yang kedua yang lebih tinggi dan gunung yang paling tinggi di langkawi. Di sini kami dapat melihat keindahan ciptaan ALLAH dan seluruh Pulau Langkawi yang sangat indah. Tapi sayangnya jambatan gantung under maintainance dan tak dapat laa nak rasa jalan atas jambatan gantung dari satu gunung ke gunung yang lain. Mungkin bukan rezeki kami. Kami spent time agak lama di puncak tertinggi ini siap buat video klip lagU "Tuhan Jagakan Dia..." dengan penuh emosi bagai. Terima kasih kepada foreigner yang memuji bakat ktorg yeahh... >__<. Masa ni ita dah sememangnya feeling ARTIS sangat hokeyhh. Setelah puas berada di puncak dengan sejuta senyuman, wajah kembali kepada asal sebab dah nak turun ke bawah. Haaa... masa ni masa ita paling takut, Aku dok gelak sangat kat mak.aji....hamik kaww!!menjerit teroih dengan genggam tangan kak anim sekuat mungkin. Ya ampunn yaaa kak anim. LaLaLaLaLAa..>__<. Sampai kat bawah dah dengan selamatnya, ita sesorg masuk 6D CINEMA. oh yeahh... yang ini part paling besh. Kita masuk macam panggung wayang then pakai spec 3D. Movie dia adalah naik ROLLER COASTER. Hamik kaww percik habis air semua bagai. memang OWESOME. Bayaran masuk RM10 seorang sebab dapat diskaun naik cable car.
(aTaS PuNCaK GuNuNg MaCHiNcHaNg)
Selepas selesai semua aktiviti dan kepenatan, akhirnya kami pergi check-in motel di Pantai Chenang, iaitu GRAND BEACH MOTEL RM150 per night untuk 4orang. Keadaan motel memang tiptop dan sangat sempoi. Kawasan di sekeliling yang banyak kemudahan. Dekat dengan pantai, jalan kaki saja. Buka pintu dah boleh nampak pantai. Katil yang selesa. Toilet yang selesa. Aircond sejuk teruk baq ang. Semua besh laa motel ni. So, kami buat keputusan stay kat motel ni untuk dua malam sebab semuanya tiptop dan malas nak cari motel lain.
(DePaN BiLiK PeNGiNaPaN KaMi)
Selepas selesai berehat mandi dan solat. Lepas solat isyak baru kami keluar semula. Tapi semuanya jalan kaki sahaja sepanjang kawasan pantai chenang. Kemudian balik ke bilik dan tidur untuk simpan tenaga untuk keesokkan harinya.

17 June 2014 (Tuesday / Selasa)
 (SeBeLuM GeRaK NaiK BoaT uNTuK ISLAND HOPING LANGKAWI)
Hari ini hari kedua kami. Hari ini adalah hari aktiviti air kami. ISLAND HOPPING IS COMING. RM30.00 per head for three island (pulau dayang bunting, pulau beras basah dan eagle feeding). Kat mana nak beli package ini?? Oh yaa... semalam kami jalan-jalan sepanjang pantai chenang tu, ada banyak tour agency yang jual. Tak payah kalut nak cari harga murah yaa. Sebab semua harga adalah sama sahaja. Jam0900 van diorg datang pick up kami bertiga di depan motel. Masa tu memang rasa mcm tourist sesangat u alls. Kemudian abg driver tu bawa kami ke jetty di pantai chenang untuk naik boat dan ke destinasi seterusnya. Subhanallah punyalah ramai manusia. Kami bajet datang lepas cuti sekolah dan weekdays tak ramai orang, tapi malan sekali... Mungkin semua pemikiran disitu sama macam kami agaknya. Tak apa...semua nak holiday jugak kan. Bersuka ria sana sini jugak kan. Jom mulakan aktiviti. Boat yang kami naik agak besar sebab dalam boat kami ada 20 orang. Tapi boat yang lelain belas-belass sahaja. Masa dalam perjalanan nak ke Pulau Dayang Bunting, kami sangat bertuah kerana dapat lihat DOLPHIN AND THE GENG..!!subhanallah,, masa tu punya gembira tak taw nak habaq...MALAYSIA ADA DOLPHIN HOKEYHH....!!!Lebih dari sepuluh ekor dok berenang....haiyokk...macam mimpi taw...memang renyeh terjerit-jerit laa...>__<. Kembali semula, setibanya di Pulau Dayang Bunting, abang tu bagi kami masa selama sejam di pulau itu. Kami turun di jeti Pulau Dayang Bunting dan jalan kaki masuk ke tasik Pulau Dayang Bunting. Kat situ boleh laa mandi - manda. Tapi digalakkan memakai life jacket walaupun anda seorang perenang dunia sebab keadaan tasik yang sangat dalam. Warna air tasek nampak warna hijau sahaja okey. Kebetulan masa kami ada di situ, ada sebuah helikopter asyik ulang-alik saja. Maybe buat pengembaraan gamaknya.(feeling retis gitew)
 (PuLaU DaYaNg BuNTiNg LANGKAWI)
Selepas sejam kami naik semula boat dan menuju ke sebuah pulau untuk EAGLE FEEDING. Ayam mentah diberikan kepada burung helang. Semua burung helang besar-besar dan menggerunkan. Tengok kaki sahaja dah ketaq lutuit. Kalau cakaq muka I naya oii....!! Spent time kat sini dalam 15 minit cam gittu jaa. 
(EaGLe FeeDiNg LANGKAWI)
Seterusnya kami menuju ke Pulau Beras Basah. Kat sini kami di beri masa sejam juga. Kat sini boleh laa nak mandi - manda air laut yang bersih. Ita pon berendam dan berenang sepuas hati sampai terkoyak laa seluaq ceq. Jenuh dok jerit panggil kak anim suruh baling seluar lain. Nasib baik bawa seluar lain. Apa lagi, pi kat tengah laut sikit agak rasa tak ada orang dan tukar seluar dalam laut. Sebab dah tak mampu nak naik ke darat dengan terkoyak besaq gedabaknya. LAst skali seluar tu tauk buang dalam tong sampah sahaja. Selepas sejam, kami di bawa pulang semula ke jetty. Memang owesome aktiviti island hopping. Muka pon dah bertukar warna habis sebab berjemur seharian di laut. It's almost take about 4hours cam gittu laa. Tengahari dah selesai semua. MAsing-masing balik dengan basah lencun mandi air laut. Naik van nak balik ke motel semula, abang tu terpaksa bagi kotak kat kami tiga org untuk lapik and elakkan basah kerusi dia. hehhehehe. ampun yaa abang. kami suka mandi-manda nie.
 (PuLaU BeRaS BaSaH LANGKAWI)
Selepas pulang semula ke penginapan bersihkan diri dan tunaikan kewajipan kepada ALLAH. Mulalah aktiviti gugurl...SHOPPING TIME...!!yahoo...yabedabedooo....tempat yang dituju adalah HAJI ISMAIL GROUP (HIG). Sekarang diorang dah ada bangunan diorang sendiri di pekan kuah. Masing - masing sekali keluar berbungkus - bungkus kiri kananannya. Kemudian menuju ke IDAMAN SURI pulak untuk beli peralatan pinggan mangkuk. NUSANTARA GAMAT adalah lokasi seterusnya yang kami tuju. Kemudian ke MAKAN MAHSURI, tapi sayangnya bukan rezeki kami kerana dah tutup. Pecut pula menuju ke BERAS TERBAKAR, free entrance di sini tapi kedai-kedai sepanjang kawasan itu juga sudah di tutup. Akhirnya kami menuju pulang ke penginapan semula. Petang tu ambil udara segar sepanjang pantai chenang. Subhanallah indah sungguh ciptaan ALLAH. 

Aktiviti malam kami kali ini adalah URUT KAKI. Sebabkan kepenatan dua hari berjalan sana - sini, kami pergi urut kaki di sebuah kedai urut. Memang kaw - kaw punya dia urut ooo....Besh sangat. Servis terbaek. Tempat selesa. Kerusi yang superb mewah. Memang boleh tidur di buai mimpi indah sangat. Malam tu memang tidur nyenyak sampai pagi.

18 June 2014 (Wednesday / Rabu)
Hari ini adalah hari terakhir kami di bumi LANGKAWI. Bangun agak lewat sebab kepenatan sehari sebelumnya. Hari ini aktiviti kami adalah UNDERWATER WORLD LANGKAWI. Entrance fee ada RM30 (with my card). UWL ni adalah sebuah tempat di mana anda dapat lihat pelbagai jenis hidupan di dasar laut. Ikan paling besar, Ketam paling besar. Udang paling besar. Paling menarik di sini adalah anda dapat melihat DUA JENIS PENGUIN COMEL. Kebetulan masa kami masuk adalah time feeding. Dapat lihat diorg bagi makan penguin dan singa laut. Comel jaa tengok binatang ini. Dan setiap binatang ini terdapat coding number di bahagian lengannya. Pastu ada section yang boleh ambil gambar feeling everest gitew. Owesome laa masuk sini. Sangat puas hati. Terima kasih En.Safrizuan sebab bagi harga special untuk kami bertiga. Kemudian kami menuju ke penginapan untuk check-out. Barang semua sudah di packing dan di masukkan di dalam kereta. Akhir sekali destinasi kamia dalan DATARAN HELANG di mana tempat utama di Pulau Langkawi. Puas bergambar di DATARAN HELANG dan ticket ferry juga sudah dibeli, kereta dipulangkan semula kepada tuannya. Maka, berakhirnya kisah kami bertiga di PULAU LANGKAWI. Short trip end..... >__<
(KaMi MaHu PuLaNg SuDaH. SeLaMaT TiNGGaL LANGKAWI)
Alhamdulillah jam1600 kami selamat tiba di jetty Kuala Perlis. Kereta dalam keadaan selamat. Itu paling syukur sekali sebab keesokkannya ita akan pulang ke Pulau Pinang untuk cuti selama TIGA BULAN...!!nak mention besaq-besaq hokeyh....!!setibanya kami di bumi sintok. semuanya menjadi kenangan kami di PULAU LANGKAWI. Alhamdulillah memori yang sangat indah untuk kita semua. Terima kasih chulin dan terima kasih kak anim untuk sebuah memori indah di Pulau Langkawi. Mohon Maaf atas segala salah silap sepanjang vacation kita di sana. Love both of you dunia dan akhirat. InsyALLAH panjang umur kita plan untuk next destinasi BEREMPAT PULA. 

SeMoGa PeRSaHaBaTaN KiTa KeKaL SaMPai sYuRGa ALLAH
BiG LOVE
BiG KiSS
BiG HuG


No comments:

Post a Comment