S.Y.A.W.A.L

sYaWaL TiBa
aLHaMDuLiLLaH
Zaman berlalu begitu pantas. Teringat dari sejak aku lahir sehingga usiaku 13tahun, setiap tahun pasti aku dan keluarga pulang beraya ke rumah arwah opah dan arwah atok di Kuala Kangsar. Dua hari sebelum raya ibu sudah mula sibuk di dapur untuk masak beberapa jenis makanan untuk di bawa pulang ke kampung. Kemudian sehari sebelum raya kami sekeluarga akan bertolak dari Pulau Pinang selepas subuh naik kereta lama ayah. Tengahari baru sampai Kuala Kangsar. Masa tu kami tiga beradik kecil lagi. Ibu akan siapkan tempat tidur dalam kereta. Segala tilam dan toto semua disediakan di dalam kereta. Seorang akan tidur di bawah dan dua orang akan tidur di atas. Dah macam biilik tidur jadinya seat belakang. Apakan daya hanya itu sahaja yang mampu untuk kami sekeluarga. Masa itu hanya ayah sahaja yang drive kereta. Setiap perhentian pasti ayah akan berhenti sebab kereta dah berasap-asap dan ayah akan ambil masa untuk berhenti tidur dan bagi kereta sejuk. Itu sebabnya ambil masa sampai 6jam untuk tiba di Kuala Kangsar dari Pulau Pinang. Padahal kalau kira sekarang hanya sejam sahaja dah boleh tiba di Kuala Kangsar. Sebelum sampai rumah arwah opah dan arwah atok. Kami mesti singgah dahulu di lembah beli barang-barang yang patut. Lepas tu sampai rumah arwah opah dan atok mula riuh - rendah tunggu sana sedara semua balik. Paling syiok berebut tempat tidur kat dalam rumah. Yerlah ayah adik beradik ramai. Semua balik. So, memang semua nak tidur tempat yang selesa. Tapi seperti biasa tempat tidur keluarga kami hanyalah di DAPUR. Teringat dulu arwah opah selalu pesan lepas pukul 9.00pm semua kena tidur dah. Suara tv hanya boleh buka max 13 sahaja. Kemudian jadual kerja bermula, along akan pasang ubat nyamuk dan oppa mus akan hampaq tilam depan tv. ibu pula sibuk masak daging dendeng di dapur. Semua ambil port masing-masing nak tidur. Kemudian pagi syawal standby beratur nak mandi kat toilet. Seperti biasa aku adalah manusia terakhir sekali akan mandi dalam rumah itu sebab tak suka nak berebut bagai dan dapat tidur lama sedikit. Pagi syawal adalah pagi yang paling besh sebab semua lelaki akan berpakaian lengkap baju melayu bersama sampin dan songkok dah macam nak pergi akad nikah. Padahal hanya nak pergi sembahyang raya sahaja. Selepas selesai sembahyang raya, semua akan beratur ambil kedudukan masing-masing untuk bersalaman dan bagi duit raya. Masa kecik-kecik dulu seronok laa kutip duit raya. Mesti minta ibu belikan bag selempang untuk letak duit raya yang terkumpul. Selepas selesai bersalaman hari raya. Kami geng-geng sedara mara akan keluar pergi beraya ke rumah-rumah di taman kawasan itu untuk kutip duit raya. Sekali pi maw sepuluh orang. Itu pasal yang dapat duit raya ciput dalam 50sen sahaja. Hehhehehehhe. Habis kutip duit raya sampai petang, aku dah tukar semua baju raya dan pakai short. Masa kecik dulu mana tau semua ini bagai kan. Kemudian waktu malam besh sebab acik bundi akan jadi seorang supplier mercun. Memang berdentum main bunga api bagai. Tapi sebelum main mesti kena bahagi terlebih dahulu untuk setiap seorang. Malam raya kedua seperti biasa. Masing-masing ambil port untuk tidur. Keesokkan di pagi syawal kedua. Kami sekeluarga akan bergerak ke IPOH berhari raya di rumah mamu yaya (abang ibu). Menu wajib rumah ini adalah daging kuda. Arwah aunt parsia masak memang sedap sangat. Kemudian ke kembali pulang ke rumah Kuala Kangsar. Waktu petang apabila tiada aktiviti, ayah akan bawa kami sepupu sepapat ke Ulu Kenas mandi air sungai. Tempat favorite sangat. Seronok dapat mandi air sungai sejuk dan laju. Wahhh,,,ayah,dah lama sangat kita tak pergi sana kan. Kemudian syawal ketiga adalah hari kami pulang semula ke utara. Bersiap pakai baju raya kerana kami akan ke rumah guru silat ayah di Bukit Mertajam. Kemudian syawal ketiga adalah hari kami beraya ke rumah sanak – sedara sebelah ibu di utara. Selesai semuanya, barulah kami akan pulang ke rumah di Bayan Baru. Syawal ke empat baru sibuk siapkan rumah untuk berhari raya. Subhanallah..rindunya suasana hari raya macam dulu. Subhanallah,,Rindu arwah opah yang suka cakap banyak. Subhanallah rindu arwah atok yang cool. Semuanya hanya tinggal kenangan selepas arwah opah dijemput semula pulang kepada penciptaNYA pada tahun 2002 dan arwah arwah atok pada tahun 2007. Semoga mereka damai di sana dan menjadi ahli syurga ALLAH. Itah rindu sangat arwah atok dan arwah opah. ALFATIHAH.
Sekarang suasan raya kami sekeluarga semuanya sudah berubah.
Syawal pertama kami di Pulau Pinang.
Syawal kedua kami di IPOH.
Masa berlalu begitu pantas, dahulu beraya sebagai seorang kanak-kanak. Dapat kutip duit raya. Sekarang beraya sebagai seorang dewasa. Bagi duit raya kepada kanak-kanak. Kekadang rasa macam tak percaya dah tinggalkan zaman persekolahan bertahun-tahun. Inilah kitaran hidup sebagai seorang manusia. Dari bayi, kanak-kanak, dewasa dan warga emas. Setiap caturan ALLAH itu begitu indah dan penuh kenikmatan. Hargailah setiap detik waktu yang ALLAH berikan dengan melakukan amalan kebaikan sebagai bekalan di hari akhirat kelak.

Akhir kata dari saya Masyitah Binti Mohd Rosli, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Pohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan dari diri ini sama ada secara langsung atau tidak langsung Zahir dan Batin. Pohon juga halalkan makan, minum, harta benda serta ilmu dunia dan akhirat. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan ALLAH dan menjadi ahli SYURGA ALLAH. Ameen....>__<


No comments:

Post a Comment