AiDiLFiTRi 2014

aSSaLaMuaLaiKuM
SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi
MaaF ZaHiR DaN BaTiN

Syawal sudah di penghujung. Rasanya masih belum terlambat rdiri ini untuk memberi ucapan salam aidilfitri kepada semua pembaca setia (wahh gitew kaww...!!). Sebab nya kita masih dalam bulan SYAWAL yang merupakan hari kemenangan umat ISLAM setelah berjuang berpuasa selama sebulan. Alhamdulillah.... Semuanya membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupan. Walaupun Ramadhan sudah berakhir, kita doakan semoga diri ini masih diberi peluang ALLAH untuk bertemu Ramadhan pada tahun akan datang. Amin (semoga diperkenankan). Hari ini ita nak kongsi kisah raya ita. Meriah seperti tahun – tahun sebelum ini. Yeahhh,,,dalam hati dan kepala sudah di set awal lagi mahu menyambut dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan di sisi keluarga serta sanak – sedara.

SEHARI SEBELUM AIDILFITRI (ahad)
Hari ini adalah hari yang paling sibuk. Sebabnya esok dah nak raya. Segala persiapan perlu diselesaikan pada hari ini juga.
LANGSIR>>>>>DONE
CADAR>>>>>>DONE
KEMAS RUMAH>>>>>>DONE
SAPU LANTAI>>>>>DONE
MOP LANTAI>>>>>>DONE
DRILL GAMBAR>>>>>DONE
BASUH KAPET>>>>>DONE
ISI KUEH DALAM BALANG>>>>>>DONE
BAWA KELUAR SEMUA PINGGAN MANGKUK>>>>DONE
Okey..!!semua settle.
Makwan dan Abahrazak buat makan2 malam raya. Serbu rumah depa pi makan ikan pari bakaq fressh punya. Tiga ekoq tibai habis-habisan punya. Super yummy naaa. Malam raya my oppamus sambut aidilfitri dengan family. Meriah rumah bersama Damia Maisarah. Lepas puas gelak sana sini. Jam dah tunjuk pukul 2.00am....>>>>JOM TIDUR.ESOK RAYA<<

SYAWAL PERTAMA (isnin)
Allahuakhbar....Allahuakhbar.....Allahuakhbar...
Takbir raya bergema. Tanda syawal sudah tiba. Bangun pagi dengan penuh semangat raya aidilfitri. Baju sudah di serika sehari sebelum lagi. Mandi sunat aidilfitri. Selesai solat sunat Aidilfitri, ready untuk bersalaman Aidilfitri pohon ampun maaf bersama ibu dan ayah serta sekeluarga. Yahoo dapat duit raya. Itah minta maaf ibu ayah tahun ni tak dapat bagi duit raya. Hehehhehehe. Then mulalah perjalanan raya kami sebelah keluarga ibu di Penang, Kedah dan Perak. Rumah pertama yang di tuju adalah rumah abang ibu, mamusin. Rumah ni special sebab rumah catering dan makanan yang dihidangkan semuanya super sedap kaw kaw punya. Kali ini kami beraya konvoi dua buah kereta. Kemudian menuju ke Kulim Kedah beraya di rumah kakak ibu, kala bu. Seterusnya menuju ke nibong tebal rumah abang ibu, mamu manaf dan destinasi terakhir kami adalah ke rumah abang ibu, mamu bakar. Setelah selesai penjelajahan, kami pulang ke rumah dan bersiap sedia untuk destinasi pada keesokkan harinya.

SYAWAL KEDUA (selasa)


Seperti biasa pada setiap tahun, syawal kedua adalah hari beraya bersama keluarga sebelah ayah di Perak. Tahun ini family gathering di rumah cikyah di manjung. Selepas solat subuh kami mula bergerak ke Perak kerana perjalanan yang agak jauh dari Pulau Pinang. Majlis tahlil diadakan pada jam12.30 dan family gathering. Semua sanak – sedara sebelah ayah akan berkumpul bersama berhari raya serta bermaaf – maafan antara satu sama lain. Sangat meriah, walaupun hanya setahun sekali sahaja berjumpa tapi ikatan persaudaraan antara kami tetap kukuh dan semoga kekal sampai syurga. Setelah selesai sesi bergambar, kami pulang semula ke utara. Tapi sebelum pulang kami singgah di rumah abang ibu, mamu yaya dan kakak ayah, ibu bedah. Saat ini paling kelakar. Dalam kereta hanya bertiga, itah, ibu dan ayah. As usual ita yang kena bawa kereta. Ayah pulak tak tahu sangat jalan di perak. Haaa....!!hamik kaw sesat berejam-rejam. Nasib badan..... Tapi syukur alhamdulillah selamat tiba di rumah yang seterusnya. Setiap rumah kami dah ada bajet time sendiri sebab senang nak arrange masa dan dapat pi banyak rumah dalam masa satu hari sahaja.  Kemudian ke rumah yang terakhir, rumah kakak ayah, cik bedah di taiping perak. Menu dihidangkan adalah LAKSA. As usual my aunt memang tau sangat favourite food aku ni. ALhamdulillah jam2130 kami mula gerak pulang ke Pulau Pinang. Selesai sudah hari raya kami yang ke dua.

 SYAWAL KETIGA (rabu)

Hari ini tiada aktiviti yang di lakukan. Stay at home dan basuh baju. Hheehehehhehe.
Hari ketiga adalah hari kami bertiga di rumah. Tunggu orang pulak datang beraya di rumah. Alhamdulillah kuah spaghetti sudah siap sedia. Hari ini kami tunggu tetamu dari taiping pulak datang ke rumah. Kakyong datang penang!!yahoo....yabedabedooo.....!!!
Tengahari kakyong sampai dan kami sediakan makanan omputeh gitew. Kemudian malam kekawan ayah datang berhari raya di rumah. Riuh rendah rumah tapi memang besh sangat sebab HAPPENING. >__<

SYAWAL KEEMPAT (khamis)

Hari ini adalah hari dalam sejarah buat sepupu aku di kulim, kedah. CIK YUYU. eh eh eh,,,sekarang tak boleh panggil cik dah. sekarang PUAN!!PUAN YUYU!!ehhehehehhe. Alhamdulillah hari ini beliau bernikah dengan suaminya syafiq nordin. Majlis di adakan di Kulim Kedah. SUPRISE!!sebab apa??Sebab cousin syafiq itu adalah kawan baik aku. HAFIZI..!!!ouchhh...gila kaw gossip habis habisan laa bila dapat jumpa hafizi. hamik kaw almots a year tak jumpa. Serius memang rasa macam dalam mimpi bila cousin dia kahwin dengan cousin aku. Rupanya kecik sahaja dunia ni kan kan kan. Tengok - tengok dah ada tali persaudaraan antara kami. Toink Toink Toink. Memang besh lagi laa friendship kta berdua nie. 

SYAWAL KELIMA (jumaat)

Hari ini hari paling sibuk untuk kami. Mula buat persiapan segala bagai untuk majlis keesokan harinya (OPEN HOUSE). Seperti biasa open house diadakan pada setiap HARI RAYA AIDILFITRI. Yeahhhh tahun nie kami beraya dengan rumah baru. Bukanlah rumah baru sangat pon.. tapi rumah berkeadaan baru.. >__<
After a few months baru gegeh nak update blog nie. Bayangkan kesibukkan melanda diri dan dah lama tak ada mood nak update.



-end-

No comments:

Post a Comment