Rumah ALLAH (part 1)

Disebalik sebelum menjadi tetamu ALLAH:

Aku selalu mempunyai niat untuk ke rumah ALLAH. Ianya bermula sejak ibu dan ayah dapat jadi tetamu ALLAH April 2014. Masa tu rasa nak ikut jugak ibu ayah. Tapi ayah macam tak izinkan sebab masih di UUM dan taka da duit sendiri untuk ke sana. Ayah awal-awal lagi dah cakap, ayah tak akan support kewangan itah ke sana. Conversation between ibu, ayah dan itah;
Itah     : Ayah,, itah nak ikut ayah pergi umrah boleh tak??
Ayah   : Itah ada duit tak??
Itah     : Ayah pergi sana kos semua berapa?
Ayah   : Dalam RM6,000 untuk semua.

(aku segera pergi buka buku simpanan. Tengok hanya baru 2+++ dalam simpanan. Rasa sedih jaa. Hati nak sangat ikut ibu ayah. Tapi simpanan pulak tak cukup. Tiba – tiba aku dapat satu idea…)

Itah     : Erm… tak cukup laa simpanan itah. Ayah, kalau ayah bagi itah pinjam RM4,000  boleh tak? Itah janji lepas itah kerja itah bayar balik kt ayah.
Ayah   : Kalau nak ke rumah ALLAH kita tak boleh berhutang. Kena guna 100% duit kita sendiri. Ayah tak boleh bagi itah pinjam duit ayah.
Itah     : Alahhh…ayah anggap jaa ayah hadiahkan kat itah. Tp nanti itah ganti laa balik.
Ayah   : Tak boleh..!!! itah muda lagi. Tak payah pi awal-awal. Ada banyak masa lagi nak ke sana. Ada banyak lagi peluang.

(Monolog dalaman: aku pi niat nak teman ibu ayah. Kot apa-apa jadi bleh laa aku tolong. Tapi ayah dah betul betul tekad taknak bawa. Guna idea kedua laa pulak…)

Itah     : Ibu…. Ibu….!! Itah nak ikut ibu pi umrah boleh tak. Ibu bayar dulu kat itah. Nanti itah dah kerja itah bayar balik kat ibu. Itah teringin sangat nak ke sana.
Ibu      : Ibu boleh bayar kat itah semua dan itah tak perlu bayar balik kat ibu. Tapi ibu ada tiga orang anak. Ibu kena adil kat semua tiga-tiga anak ibu. Kalau ibu bayar kat itah, kat along dan mus pun ibu kena bayarkan juga.
Itah     : Ermm… ibu selalu sikit – sikit adil adil adil. Taka pa lah…
Ibu      : Bukan ibu tak nak bagi. InsyALLAH sampai masa nanti itah pon boleh jadi tetamu ALLAH. Itah muda lagi. Banyak masa dan peluang lagi.

(Muka penuh kekecewaan sebab dua dua taknak izinkan pergi ke rumah ALLAH.)
(Monolog dalaman: Takpa. Itah nak doa bebanyak supaya dapat jugak jadi tetamu ALLAH)

Dan
Aku mula buat perangai merajuk bagai sebab semua permintaan di tolak habis –habisan. Dan tiba masa dan ketika saat ibu dan ayah mahu gerak ke rumah ALLAH, aku merajuk taknak balik dari UUM. Saja buat perangai gedik. Tapi sudut dalam hati meronta menangis “aku pasti rindu ibu dan ayah”.

ALLAH maha merancang. Secara kebetulan tarikh dua minggu ibu ayah mengerjakan umrah, sama tarikh dengan aku ada kursus SAP selama dua minggu di UUM. Sekurang-kurang nya hati aku tidak terasa sangat sunyi dek penuh dengan aktiviti kursus di UUM.

Sebelum ibu berangkat ke tanah suci, ibu ada buat majlis doa selamat di rumah tok di Pulau Pinang. Aku bagitahu malam sebelum aku tak balik sebab banyak kerja. Padahal hati merajuk. Akan tetapi hati seorang anak mana boleh jauh dari ibu dan ayah. Saja buat surprise. Selesai sahaja kerja di UUM terus segera aku bergerak pulang ke Pulau Pinang. Bajet buat kejutan kepada ibu dan ayah, padahal dalam hati memang nak sangat hantar ibu dan ayah. Hati mula rasa semakin sayu sebabnya malam itu ibu dan ayah akan bergerak ke KLIA untuk menjadi tetamu ALLAH.

Selepas selesai solat maghrib, kami sekeluarga menghantar ibu, ayah, cikcun dan mamuman ke masjid seberang jaya pulau pinang. Mereka akan menaiki bas menuju ke KLIA dan kemudian naikn flight dari KLIA ke JEDDAH. Malam tu salam peluk cium ibu, ibu sempat berbisik
“ibu sentiasa saying itah, sedikit pon tak pernah ibu tak saying itah. Jaga diri elok-elok saat ibu dan ayah taka da. Jangan nak buat perangai sangat”. Terus tergelak dengan kata-kata last ibu itu. Berbalas aku “itah minta maaf ibu. Itah saying ibu dunia akhirat. Itah doa ibu selamat pulang ke tanah air”. Kemudian salam ayah, sempat aku memberi sampul surat kepada ayah. Dalam sampul surat itu berisi doa yang aku mohon ayah bacakan di depan kaabah. Ibu juga ada aku kirimkan satu surat untuk dibacakan juga. Rasanya ada 14 permintaan doa di dalam surat yang aku kirimkan. Lambaian terakhir kepada mereka semua dan pulanglah aku ke rumah dengan air mata sebab teringat pesanan ibu.        

Keesokannya aku kemas barang dan mula buat persiapan ke UUM untuk kursus selama dua minggu. Pagi itu ibu ada hantar pesanan kepada along bahawa mereka sudah selamat tiba di JEDDAH. Aku masih menanti panggilan telefon ibu. Tapi menanti dan terus menanti. Selepas dua hari ibu di sana baru ibu membuat panggilan telefon kepada anak bongsu nya. Subhanallah gembira tak terkata saat dengar suara ibu yang gembira menjadi tetamu ALLAH. Kami hanya berbual sekejap sahaja sebab charge bil yang agak tinggi. Alhamdulillah syukur dengar ibu dan  ayah serta cikcun dan mamuman sihat di sana.

Selepas dua minggu ibu dan ayah menjadi tetamu ALLAH, tibanya hari mereka kembali pulang ke tanah air. Ya ALLAH masa tu hati bercampur pelbagai perasaan dek aku terlalu sibuk dengan kursus. Tapi aku berkorban, aku tidak menghadiri kursus hari penyampaian sijil sebab aku lebih rela berkorban untuk sambut kepulangan permata hati aku.
Keesokan pagi nya ibu dan ayah tiba dengan selamat. Alhamdulillah. Wajah ibu dan ayah berseri-seri. Wajah baru balik dari tempat paling suci di bumi ALLAH. Selepas salam ibu ayah dan bersembang seketika, terus gerak ke UUM untuk kursus seterusnya. Masih tidak berpeluang untuk berbicara lama dengan ibu dan ayah. Selepas sebulan selesai kerjaya di UUM, segera pulang dan baru sejuta soalan berbicara dengan ibu dan ayah.

Soalan pertama di Tanya;
“ayah baca tak doa yang itah senaraikan dalam surat tu?”
“ayah baca semuanya, tapi yang last itah print tak habis, ayah sambung doa ayat ayah sendiri lah…”
“hahahahahha…sempoi ayah. Terima kasih ayah. Itah harap ALLAH dengar dan tunaikan doa yang ayah bacakan..”

Salah satu doa yang disenaraikan;

“YA ALLAH, SEMOGA MASYITAH BINTI MOHD ROSLI BERPELUANG UNTUK MENJADI TETAMU ALLAH”  


~gambar beberapa jam sebelum ibu dan ayah bergerak ke KLIA~


No comments:

Post a Comment