Rumah ALLAH (part2)

Sambungan kisah “TETAMU ALLAH” part2.
Cerita part1 tu masa ibu dan ayah pergi bulan APRIL 2014.
Sekarang kita proceed part2 pulak.
(bahasa aku guna memang campoq malay+English=rojak)

JULAI 2014
Perbualan antara along dan itah ketika cuti semester. Yeahh insyALLAH final semester itah sebab tinggal dissertation sahaja. So dah boleh mula mencari kerja.
Along: Along ingat nak pi buat umrah laa...
Itah   : Wow beshnyaa.. >__<
Along: Itah nak ikut kami tak? Along nak pi dengan kaklong dan Adam Asyraf skali. Nak pi buat umrah.
Itah   : Bilanya nak pi?
Along: Maybe hujung tahun ni bulan Disember.
Itah   : Ermmm... Tak pi lah along. Itah tak kerja lagi. Mana ada duit.
Along: Along ingat nak ajak itah pi sekali boleh tolong jaga Adam Asyraf sama.
Itah   : Along nak belanja itah ka?
Along: Tak laaa. Duit sendiri laaa. Along nak bayar untuk keluarga along ni.
Itah   : Cehh... Kedekut laa. Ingatkan ajak sebab nak belanja. Tapi sebab nak suruh jaga Adam Asyraf. Huh.!!
Along: Bukanlah. Sebab itah kalau nak pi kena ada mahram. Kebetulan along nak pi. Along boleh jadi mahram itah. Tu yang along Tanya sekali boleh tolong jaga Adam Asyraf. Hehehhehehe.
Itah   : Cehh... hahahahahhaha. Takmau lah. Tapi kalau itah dapat kerja itah pi lah.
(masa tu memang apply kerja banyak sangat tapi tak ada yang panggil interview langsung).

AUGUST 2014
Selepas tiga hari perbualan dengan along, tiba-tiba dapat panggilan temuduga. Sampai 5 tempat di panggil interview. Sehinggakan diri tidak tahu mana satu mahu dipilih. Setelah berfikir (jarak, gaji, environment, knowledge). Akhirnya keputusan di buat. Aku memilih bekerja sebagai seorang “auditor” di sebuah syarikat yang berdekatan dengan rumah. Interview hari ini dan dapat tawaran bekerja “on the spot”. Maka dengan berat hati melepaskan pekerjaan yang lain. Itulah dikatakan rezeki.

Tiba-tiba;
Along: Haa... Itah dah dapat kerja kan?? Dah boleh ikut kami pergi umrah laa...
Itah   : Ermmm... erkkk...
(tetiba aku teringat cerita Dr.Hasniza bekas pensyarah aku tentang kisah beliau mahu jadi tetamu ALLAH, dengan segera ALLAH hadiahkan beliau mendapat anugerah daripada oxford ribuan ringgit)
Maka, aku juga percaya pada caturan dan perancangan ALLAH.

Mungkin sudah tiba masa nya untuk aku menjadi tetamu ALLAH. Mungkin masih awal bagi aku yang baru bekerja dengan gaji tak seberapa. Tapi aku percaya pada rezeki ALLAH. Bulan August – December. Aku masih ada lima bulan untuk membuat simpanan untuk menunaikan umrah. Maka setiap bulan aku simpan RM1,00 x 5 bulan = RM5,000. CUKUP!!CUKUP CUKUP untuk package yang along aku ambil setiap seorang RM5,000.

Semangat aku bekerja untuk simpan RM1,000 setiap bulan untuk menjadi tetamu ALLAH dengan hasil titik peluh sendiri. Masih ingat pesan ibu ayah, kalau nak ke sana kena guna duit sendiri seratus peratus. Walaupun kerja agak penat, tapi buang jauh-jauh rasa penat itu sebab semangat nak jadi tetamu ALLAH.

Ohh,,yaaa
Ini adalah pertama kali dalam hidup aku nak pergi “OVERSEA”
Bayangkan aku tak pernah pergi luar dari Malaysia. Perasaan itu memang lain macam. Memang seDIkit pon tidak pernah aku sangka tempat pertama aku akan pijak kaki adalah tempat paling suci di BUMI ALLAH.

Selalu tengok kekawan update ke paris, Istanbul, Europe, korea, china, Singapore, dan seketerunannya bukan dalam Malaysia. Tapi bila aku fikirkan balik. Agak sedih kerana mereka sedikit pon tak pernah berpeluang ke rumah ALLAH. Padahal perbelanjaan ke Negara luar itu aku rasa lebih mahal harga package nya berbanding ke rumah ALLAH. Maka ini adalah peluang paling besar dalam hidup aku untuk menjadi TETAMU ALLAH.




Sambungan nanti perkongsian tentang segala persiapan untuk menjadi TETAMU ALLAH

No comments:

Post a Comment