Tetamu ALLAH

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t
Permulaan cerita menjadi tetamu ALLAH.

Seminggu sebelum tarikh sebenar kami dimaklumkan oleh pihak agent bahawa tiket penerbangan kami ke Jeddah pada 31/12/2014 jam 10.00pm sudah mesti berada di KLIA. Bayangkan seminggu sebelum baru dimaklumkan. Aku baru beli ticket flight dari Penang ke KLIA. Kebetulan baru nak apply cuti untuk 31/12/2014. Tarikh itu adalah tarikh keramat untuk audit firm sebab start dari 28/12-2/1 memang akan sibuk dengan audit stock take syarikat. Demi membalas jasa boss aku yang bagi keizinan kepada aku untuk bercuti selama dua minggu, maka aku masih bekerja pada 31/12/2014 tapi “half-day” sahaja. Ticket flight dari Penang ke KLIA jam1800. Maka masih sempat untuk aku buat persiapan terakhir sebelum menjadi tetamu ALLAH. Terima kasih kepada semua syarikat yang aku audit stock-take kerana memberi 100% kerjasama kepada aku. Sebelum bermulanya cuti selama 2minggu, semua kerja aku pastikan selesai terlebih dahulu. Takut – takut nanti di sana tak tenteram pulak hati ini untuk melakukan amal ibadat kepada ALLAH.

Sebelum bermulanya perjalanan menjadi tetamu ALLAH. Ujian pertama sudah bermula. Di mana aku tidak dapat menunaikan solat kerana “ALLAH BAGI CUTI”. Mungkin ramai yang akan berkata “kenapa tak makan ubat?”. Oh yaa…!! Ketika aku pergi mendengar banyak ceramah, mereka tidak menggalakkan mengambil ubat kerana “KALAU ALLAH DAH TETAPKAN, TERIMA SEADANYA”. Ya..!! Aku terima ujian pertama ALLAH. Aku percaya ada sebab dan hikmah. Lagipun perempuan yang belum berkahwin memang tidak digalakkan takut ada masalah nanti. Contohnya susah untuk mengandung dan sebagainya. Maka bermulalah perjalanan aku dari Penang ke KLIA bersama cikcun (aunt aku). Sebab nya along dan kaklong pergi dulu lebih awal dan mereka bergerak dari Kampar (rumah parent in law along). Ibu, ayah, mus, kakhuda, damia dan sedara yang lain menemani sebelum flight berlepas. Masa tu dah mula rasa sebak hati nak tinggalkan ibu ayah. Tenung wajah ibu ayah, dalam hati berbicara;
“adakah ini kali terakhir untuk aku tatap wajah kedua-dua hadiah dari syurga ALLAH ini??”
Sebab nya aku memang dah niat dalam hati sangat nak meninggal di rumah ALLAH. Masa peluk cium ibu ayah tu rembau jugak air matanya sebab tak pernah berpisah jauh macamni dengan travel without them. Tapi dalam masa yang sama hati berdebar-debar nak menjadi tetamu ALLAH. Buat kali pertama nak naik flight 9jam perjalanan. Kaki aku ni bolehkah pijak tanah suci ALLAH. Haaaa…..!!! semua perkara bermain di fikiran. Dalam masa yang sama, aku berdoa semoga ABC cepat habis hanya dalam beberapa hari sahaja.

Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA. Kami disambut oleh kakmunah dan abg gie. Sepupu aku yang berada di shah alam. Di bawa makan terlebih dahulu kerana tiba di sana awal. Paling kelakar masa tiba di KLIA, cari jalan keluar tak jumpa. Jenuh pusing satu KLIA tu. Hehehehehehhe. Nasib laa aku dan cikcun memang tak biasa di situ. Masa bawa pi kedai makan tomyam tu, mula dah tak lalu makan sebab hati ada seribu juta perasaan dah. Sementara itu kami menunggu along dan kaklong tiba dan makan sekali. Jam 9.00pm kami mula bergerak ke KLIA untuk berkumpul di sana jam 10.00pm. Setibanya di sana, kami diberi kad identity masing-masing dan semua passport di kumpul. Kami diuji dengan ujian kedua, dimana Adam Asyraf taka da ticket flight. Pihak agent tak beli ticket flight untuk Adam Asyraf. Subhanallah…!!!Masa tu masing-masing cuba kawal perasaan. Nasib baik along ada standby cash untuk beli ticket Adam Asyraf dan masih bernasib baik Adam Asyraf masih berumur bawa 2tahun dan tak perlu seat. Sebab nya seat semua DAH PENUH. Syukur ALLAH masih izinkan dan beri peluang lagi kepada kami. Ujian ketiga juga tiba ketika itu dimana flight kami delay sebanyak dua kali. Sepatotnya flight kami adalah pada jam 2.00pagi (1/1/2015) tapi ditunda pada 4.00pagi (1/1/2015) dan akhirnya kami berlepas pada jam 7.45pagi (1/1/2015). Setahun juga kami berada di KLIA. Dek kerana terlalu keletihan, aku dah tak kisah tidur di tepi-tepi dinding sahaja. Masuk check in jam5.30pagi. Kemudian sambung tidur lagi. Kemudian solat subuh di tepi dinding juga. Akhirnya jam7.00pagi kami mula masuk flight dan ambil tempat duduk masing-masing. 7.45pagi berlepas flight kami menuju ke Jeddah.

Perjalanan dari KLIA ke JEDDAH mengambil masa selama 9jam. Maka kami tiba di sana pada jam 5.00petang (waktu Malaysia) dan jam1.00tghari (jam JEDDAH). Untuk pengetahuan perbezaan masa Malaysia dan Saudi Arabia adalah 5jam. Setibanya di sana, memang kejutan, semuanya berserban dan berjubah. Subhanallah!! Masih rasa dalam mimpi dan tidak percaya sudah berada di Saudi Arabia. Kami tiba dan beratur untuk urusan passport. Dan kemudian menunggu bas yang akan mengambil kami menuju ke Madinah. Kami akan menziarah Madinah dahulu kemudian baru ke Mekkah. Kami tunaikan solat berjemaah di kawasan lapang yang berada di airport Jeddah. Dalam jam 2.00ptg (waktu SA) kami mulakan perjalanan ke Madinah. Tak pasti berapa jam perjalanan tapi kami tiba di Madinah dah malam, dengar azan maghrib atau isyak. Dah tak ingat dah pulokk. Setibanya di Madinah, subhanallah ramainya manusia. Kemudian kami diberi kunci bilik masing-masing. Fuhh…dah keletihan perjalanan dengan beg bagasi penuh. Masuk jaa bilik,,,,semua otak dah tingtong.. ni bilik ka apa?? Kecik sungguh., Nk bergerak langsung tak boleh dengan 4katil satu bilik. Fuhhh…!! Ujian ALLAH keempat tiba lagi. Tapi syukur ALLAH tolong, kebetulan ada lagi dua tiga orang dalam rombongan kami tak dapat bilik. Maka kami bertukar hotel. Angkut balik semua barang-barang dan menuju ke hotel yang lain. Alhamdulillah hotel kedua kami bagaikan mahligai indah. Punya besar subhanallah. Puas hati sangat kami duduk berempat dengan budak kecil Adam Asyraf. Maka tidurlah nyenyak kami di bilik hotel.

Keesokkan paginya barulah bermulanya perjalanan kami ke tempat tempat lawatan. (serius dah tak ingat sangat dah tmpt lawatan yang dibawa). Kami bersyukur sangat sebab cikcun ikut kami yang newbie di Madinah. Cikcun baru sahaja pergi bulan April ritu dengan ibu dan ayah. Maka cikcun lah yang banyak lead kami kesana kemari dan menuju ke Masjid Nabawi. Masa memula tgk Masjid Nabawi;

“wow….inilah masjid yang dok tunjuk dalam TV ada paying boleh buka tutup. Sekarang dapat tengok sendiri depan mata.”

“wow…!!ramainya umat Islam berebut-rebut masuk ke Masjid Nabawi ke Raudhah untuk melihat makam nabi Muhammad dan sahabat. Subhanallah. Untung nya Nabi Muhammad. Punya ramai umat berebut-rebut tak lepaskan peluang menziarahi baginda dan mendoakan baginda.”
Aku hanya dapat saksikan di pintu masuk sahaja sebab nya aku ABC. Maka tak dapat nak masuk dan tak berpeluang langsung masuk ke raudhah. Selawat dan salam disampaikan dari luar kepada baginda. Kemudian kami pusing satu Masjid Nabawi. Subhanallah besar sungguh kawasannya. Dapat jugak tengok kubah warna hijau di mana kawasan RAUDHAH atau dikenali TAMAN SYURGA. Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri dalam erti kata lain ia TAMAN SYURGA. Sayang sekali aku tidak dapat berpeluang masuk ke Masjid Nabawi dan Raudhah, tp aku percaya ALLAH pasti bagi aku peluang lagi ke sana untuk menziarahi makan BAGINDA.

Di sekeliling Masjid Nabawi terdapat juga makan-makan pejuang Islam dan gerai-gerai menjual barang-barang seperti jubbah, tudung, shawl, kurma, buah tin, kacang dan pelbagai lagi. Selesai menunggu mereka tunaikan ibadat, kami mulakan perjalanan mencuci mata dan shopping. Buah – buahan dia semua memang fresh. Paling syiok kat sana tak payah susah – susah nak cakap arab bagai. Sebab nya mereka sendiri pandai berbahasa Melayu. Tapi andai kata anda mempunyai kelebihan berbahasa Arab, itu peluang anda untuk tawar menawar dan dapat harga lebih murah. Alhamdulillah tak sia-sia jugak aku belajar bahasa Arab selama 5tahun dulu. Hehehhehehe. Terima kasih ustaz nik dan ustaz lokman untuk ilmu yang diberikan. Jubah – jubbah di sana kebanyakkan nya semua berwarna hitam. Tapi harga berbeza mengikut manik, batu dan jahitan yang dihasilkan pada jubbah. Ketika kami di Madinah, cuaca di sana sejuk sahaja walaupun langit cerah bermatahari tanpa awan putih. Ketika aku di Madinah aku sudah memakai baju “winter” sebab cuaca yang terlalu sejuk. Kebanyakkan masa aku di Madinah adalah di hotel dan di kedai-kedai. Kadangkala aku temani cikcun menuju ke Masjid Nabawi dan hanya menunggu di luar sahaja. Kami berada di Madinah hanya 3hari sahaja. Makanan disediakan sekali dalam package umrah yang kami ambil. Bab makanan tiada masalah kerana catering kami di sana juga adalah orang dari Malaysia. Menu makanan yang dimasak adalah sama seperti menu makanan di Malaysia sahaja. Ketika shopping di sana anda perlu lebih berhati-hati kerana ada sesetengah gerai mereka akan memaksa anda untuk membeli juga. Aku rasa aku hampir habis dalam RM800 lebih shopping di Madinah. Sebab dah tanam dalam hati, sampai di Mekkah sahaja focus aku adalah AMAL IBADAT. Juga aku pohon semoga ABC aku habis awal dan segera.

Nanti aku sambung lain kisah perjalanan ke Mekkah....


Gambar terakhir kami berlima sebelum meninggalkan Masjid Nabawi dan menuju ke Mekkah. Perjalanan kami ke Mekkah selepas solat zohor. Gambar di atas selepas selesai solat Zohor di Masjid Nabawi.

No comments:

Post a Comment