Tanya Pada Diri Sendiri

HIDUP MESTI SELALU BERFIKIRAN POSITIF

Itulah kata – kata semangat untuk diri sendiri.
Sentiasa berkawan dengan manusia yang berfikiran POSITIF
Sentiasa berada di kalangan manusia berfikiran POSITIF

Pasti ada suara-suara kecil berbicara;
Bagaimanakah??
Cakap pandai laa, tak kena diri sendiri lagi..!!
Awat hang memilih kawan ka??

Jawapannya mudah sahaja.
“APA ANDA MAHU DALAM HIDUP ANDA??”

Cuba tanya soalan sebegini pada diri anda ketika anda berdiri tegak di hadapan cermin. Yaa….!! Pastikan di hadap cermin. Supaya baru anda tahu anda sedang bercakap dengan diri sendiri.

Adakah matlamat hidup anda untuk bergaduh dengan manusia sekeliling?
Adakah matlamat hidup anda untuk suka suki habiskan sisa hidup dengan benda tak berfaedah sampai anda mati?
Adakah matlamat hidup anda untuk memarahi manusia sekeliling anda?
Adakah matlamat hidup anda untuk mengejar harta kekayaan duniawi?
Adakah matlamat hidup anda untuk berhutang dengan manusia atau agensi sampai diri sendiri jadi kayap?
Adakah matlamat hidup anda untuk hidup menagih simpati dan kasih sayang serta cinta nafsu duniawi?
Adakah matlamat hidup anda untuk mengumpul DOSA paling banyak?

Okey. Cuba buat di hadapan cermin taw.
Kemudian bagitahu kat manusia di hadapan cermin itu. Apa sebenarnya tujuan utama kau hidup.  Bagitahu apa kau mahu dalam hidup.

Soalan paling last;
SIAPA YANG CIPTA KAN KAU UNTUK HIDUP DI BUMI INI?
SIAPA YANG LAHIRKAN KAN DI BUMI INI?
KENAPA KAU MESTI HIDUP DI BUMI INI?
APA SEBENARNYA PENCIPTA KAU MAHU DARI KAU DI BUMI INI?
MENGAPA KAU DILAHIRKAN DI BUMI INI?
BAGAIMANA KAU DILAHIRKAN DI BUMI INI?

Chewahh ini sudah seperti (1husband 5wife questions u all)
Tak apa. Itu sebenarnya aku nak tahu.
Selamat menjawab soalan semua.




Nota bibir: Semoga kita semua sentiasa DALAM PERLINDUNGAN ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT

No comments:

Post a Comment