Peluang Paling INDAH

Assalamualaikum w.b.t
Seperti yang dijanjikan, kali ini punya entry kisah hari ketiga aku di Mekkah.
Kali ini punya entry memang panjang jugak sebab banyak dialog akan berbicara. U have to spent time yang agak panjang untuk membaca nya. Habaq awai sesiap supaya sapa yang interested to read boleh continue membaca nya. Entry kali ini kisah AKU DAN KAABAH.

Hari ketiga aku di Mekkah. Seperti biasa sebelum zohor sudah keluar dari hotel untuk tunaikan ibadat di masjidil haram ditemani bersama cikcun. Sementara menunggu azan zohor, kami tunaikan tawaf sunat dahulu. Masa tawaf tu terdetik di hati;
“macam teringin sahaja nak pegang kain kaabah”.

Selesai sahaja solat fardhu zohor, cikcun nak pergi toilet. Sapa yang pernah ke sana mesti tahu jarak dalam masjid nak ke toilet tue berapa kejauhannya. Teramat lah jauh. Kalau pergi toilet tu rasa nya mesti take a long time nak masuk balik masjid haram. Ohh yaa lupa nak bagitahu, segala tawaf yang kami lakukan semuanya di tingkat bawah sahaja. Maksud nya sebaris dengan kaabah. Ramai tu memang tidak dinafikan terlalu ramai manusia. Beretuh kiri kanan depan belakang semua, tapi PASTI INGAT anda kena jaga bahu anda dan pastikan kaabah berada di sebelah bahu kiri anda. Cikcun dan menuju ke toilet. Aku masih di dalam masjidil haram.

“cik, itah nak buat tawaf sunat lagi..”
“okey itah buat dulu, cik pi toilet lepas t uterus balik hotel. Jumpa kat hotel nanti. Tau ka jalan balik”
“okey. Okey. Tahu jalan balik insyALLAH”

Maka bermulalah tawaf sunat aku sebanyak tujuh kali pusingan. Selesai sahaja tawaf sunat terus segera tunaikan solat sunat tawaf. Kemudian hati terdetik lagi;

“itah rasa macam nak pegang kain kaabah laa… tapi layakkah tangan yang penuh dosa ini nak pegang benda paling suci di bumi ALLAH ini.”

Kaki bergerak semula memusing kaabah. Tiba-tiba aku semakin dekat dengan kaabah. Subhanallah, kain kaabah di hadapan aku. Memandang dari bawah sehingga ke puncak atas kaabah.

“subhanallah. Betulkah apa yang ada di hadapan aku ini?? KAABAH..!! Rumah ALLAH di hadapan aku ini.”

Selama ini aku hanya tengok rumah yang indah ini hanya dalam tv, internet dan sejadah sahaja. Hari ini, rumah ALLAH ini berada sergam indah di hadapan aku. Hanya jarak satu inci sahaja antara aku dan KAABAH. Sambil melihat kedua belah tapak tangan aku. Menangis, air mata menangis mencurah-curah. Apa yang aku fikirkan??

“ALLAH, terima kasih ALLAH kerana izinkan dan tunaikan apa yang aku niat tadi. Izinkan tapak tangan aku ini memegang mahligai indahMU ALLAH.”

Maka perlahan-lahan tapak tangan ini memegang kain suci KAABAH itu. Air mata semakin mencurah-curah. Tiada kata2 lain melainkan
“Alhamdulillah…alhamdulillah..alhamdulillah…”.
Tidak pernah sedikit pon terdetik dapat peluang sebegini. Sebab nya memang terlalu jutaan ribuan manusia disitu yang berebut-rebut untuk memegang kain KAABAH. Tapi ALLAH mudahkan urusan aku dengan begitu cepat. Kemudian hati rasa nak kucup kain suci itu. Subhanallah wangi nya kain KAABAH. Menangis dan terus menangis. Pelukan di beri. Benda paling buat hati tersentuh sebab rasa diri ini terlalu hina dan jahil dengan segala dosa yang buat, tapi ALLAH masih menerima hamba ini sebagai tetamu ALLAH.

Seterusnya hati terdetik pulak “apakah yang ada di penjuru rukun yamani??sebab tengok ramai sangat orang berpusu-pusu kea rah rukun yamani”
Lagi sekali ALLAH mudahkan urusan dan aku berada betul-betul di hadapan penjuru rukun yamani. Barulah aku tahu, di situ anda akan dapat melihat sendiri batu KAABAH yang tidak ditutup dengan kain KAABAH. Aku tidak melepaskan peluang untuk memegang batu pembinaan KAABAH. Penjuru Yamani :: juga dikenali sabagai Rukun Yamani iaitu penjuru yang menghala ke arah negeri Yaman.

Penjuru seterusnya adalah Penjuru Hajar Aswad :: iaitu sudut yang menghala ke arah timur. Hajar Aswad yang menjadi tumpuan dan rebutan umat Islam bagi mengucupnya terletak pada penjuru ini. Sudut ini penting kerana ia adalah tempat permulaan dan kesudahan wakaf. Tapi sayangnya hampir tiga kali pusingan di buat tapi masih tiada peluang untuk mengucup batu hajarul aswad. Subhanallah terlalu ramai manusia terutamanya kaum lelaki. Memang tiada pula kelihatan kaum wanita yang berpeluang mengucupnya. Takpa, bukan rezeki aku untuk merasa kucupan batu hajarul aswad.

Penjuru Syami::iaitu sudut yang menghala ke arah negeri Syam. Antara penjuru Iraqi dan Syami ini terletak Hijir Ismail dan pancut emas yang menjadi tempat istimewa bagi bersolat  dan sebagai tempat yang dimakbulkan doa.

Kisah Hijir Ismail;
Kawasana hijir ismail memang terlalu padat dengan manusia. TERLALU PADAT. Hanya satu pintu sahaja dibuka untuk ruangan masuk dan keluar ke kawasan hijir ismail. Dan rasa nya saiz pintu itu hanya dalam anggaran (lima orang manusia berdiri sahaja). Memang sangat kecil saiz pintu nya. Hati ini terdetik juga untuk masuk ke dalam kawasan hijir ismail. ALLAH bantu, Alhamdulillah. Aku ditolak oleh ribuan jutaan manusia sehingga secara tiba-tiba aku Berjaya masuk ke dalam kawasan hijir ismail. Kemudian aku kaku. Apa perlu aku buat dalam kawasan ini?? Manusia mula menolak dan terus menolak. Kemudian segera buka buku yang digantung dileher. Alhamdulillah ada bacaan doa di dalam nya. Tiba-tiba aku tengok kawasan hijir ismail mula lengang. Pelik jugak. Aku toleh kebelakang. Kelihatan pengawal jaga pintu tidak izinkan sesiapa masuk di kawasan hijir ismail. Bayangkan dalam kawasan hijir ismail ketika itu hanya dalam 20 orang manusia sahaja. Subhanallah, ALLAH memudahkannya lagi. Terus segera takbir dan tunaikan solat sunat. Kemudian berdoa dan berdoa. Sebelum keluar dari kawasan hijir ismail, sempat aku memberi kucupan betul-betul di bawah pancur emas. Air mata mengalir lagi kerana peluang yang ALLAH bagi. Sentuh hati ini. Subhanallah Subhanallah Subhanallah. Keluar sahaja aku dari kawasan hijir ismail, terus pengawal izinkan yang lelain masuk semula dan berasak-rasak. Syukur kerana ALLAH lapangkan kawasan aku dan mudahkan aku untuk memohon taubat kepada ALLAH.

Lebih kurang sejam aku dapat rasakan apa yang aku mahukan. Syukur subhanallah. Kemudian terus segera aku pulang ke hotel. Setibanya dihotel, semangat aku berkongsi cerita dengan along,kaklong dan cikcun. Baru aku tahu, sebenarnya mereka bertiga belum berpeluang lagi memegang kain KAABAH, pegang kawasan YAMANI dan masuk ke kawasan HIJIR ISMAIL. Terus tiba-tiba teringat kata-kata ayah dan ibu;

“bila itah ada di tanah suci, apa yang itah niat dan terlintas difikiran pasti ALLAH tunaikan. Maka ketika berada di tanah suci, sentiasa niat dan fikir perkara yang BAIK-BAIK SAHAJA”


<di kawasan Hijir Ismail>

No comments:

Post a Comment