Rumah ALLAH (part3)

Assalamualaikum w.b.t
Seperti yang dijanjikan, selepas perkongsian kisah di Madinah, hari ini nak kongsikan kisah di Mekah. Perkongsian cerita aku di Mekah memang sangat penuh emosi. Bagi aku kenangan tak akan aku lupa sampai mati. Peluang ALLAH bagi kat aku peluang paling bermakna dalam hidup aku.

Selepas 3hari berada di Madinah (Rabu – Ahad). Selepas selesai solat Zohor di Masjid Nabawi, kami memulakan pergerakan ke Mekah. Kaum Adam sudah mula berpakaian lengkap ihram kerana kami akan terus menunaikan UMRAH. Rukun UMRAH ada 5 perkara (niat, tawaf, saie, tahlul, tertib) seperti entri sebelum ni pernah aku kongsikan. Niat UMRAH akan dilakukan di MIQAT (sempadan yang telah ditetapkan). Ada 4 MIQAT untuk umat ISLAM berniat;
1.      Qarnul Manaazil - Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.

2.      Bir Ali - (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

3.      Al-Juhfah - Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
4.      Zaatu ‘irqin - Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

Bir Ali adalah tempat miqat kami untuk niat menunaikan umrah. Mesti semua dok bayangkan tempat Bir Ali ni macamana. Sebenarnya Bir Ali ni ada sebuah masjid. Bila sampai kat situ semua Jemaah akan tunaikan solat sunat umrah dan terus berniat. Masa tu aku berpakai jubbah dan yang lain berpakai lengkap bertelekung. Aku juga niat di situ walaupun dalam keadaan ABC. Tapi niat aku adalah niat “bersyarat”. Selepas sahaja niat, maka bermulalah semua Jemaah perlu menjaga PANTANG LARANG DALAM IHRAM (semua ada 13 pantang larang). Pantang larang ni paling penting, sangat kena JAGA sebab bila langgar pantang larang ni terus kena bayar dam. 13 pantang larang dalam ihram adalah;
1.      Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan sebagainya)
2.      Memakai minyak rambut pada kepala (dan janggut, bagi lelaki)
3.      Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman
4.      Memakai sarung tangan
5.      Mengerat kuku
6.      Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
7.      Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)
8.      Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
9.      Bercumbuan
10.  Melakukan persetubuhan
Larangan Khusus Kepada Jemaah Lelaki
11.  memakai pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau pun tidak) yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, sarung kaki, songkok dan sebagainya
12.  menutup muka menutup kepala atau sebahagian daripadanya
13.  memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki.

Okey. Bayangkan 13 perkara ini mesti di jaga sehingga selesai umrah yang dilakukan. Kelebihan ketika berihram adalah, apabila anda meniggal ketika dalam keadaan ihram, mayat anda akan dikafankan dengan pakaian lengkap ihram itu. Subhanallah SYURGA MENANTI. Sangat untuk sapa yang meninggal ketika dalam berpakaian ihram.

Selesai niat di Bir Ali, kami memulakan perjalanan menuju ke Mekah. Ketika dalam perjalan, bacaan talbiyah di baca beramai-ramai sepanjang perjalanan menuju ke Mekah;

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ

“Labbaikallahumma Labbaik, Labbaika la syarika laka labbaik, nnal hamda wan ni’mata laka wal mulk la syarikalak”

“Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu, ya Allah, Engkau tiada sekutu dan kami memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat, dan juga kerajaan adalah milik-Mu dan Engkau tidak ada sekutu.”

Cuba fahami maksud ayat yang dibaca. Subhanallah, mengalir air mata aku. Bayangkan aku sudah menghampiri rumah ALLAH. Aku sudah dekat dengan rumah ALLAH. Seribu satu soalan bermain di minda.;
“ALLAH terima aku kah sebagai tetamu ALLAH?”
“Bolehkan aku pijak tanah yang paling suci di bumi ALLAH ini?”
“Bagaimanakah indahnya rumah ALLAH itu?”
“Adakah aku akan disemadikan di rumah ALLAH?”

Fuhh..bayangkan berjuta soalan lagi bermain di fikiran. Sambil bibir membaca talbiyah, air mata mengalir tak terkira hina nya diri ini untuk bertemu sang PENCIPTA. Semoga ALLAH izinkan aku dan bagi peluang untuk aku jadi tetamu ALLAH. Baca talbiyah sampai tertidur aku dalam bas. Perjalanan memang agak jauh. Kami tiba di Mekah jam12.00 tgh malam.  Hotel masih tak boleh nak check-in sebab tak dibersihkan lagi. Barang-barang semua dikeluarkan dari bas. Semua Jemaah dah keletihan dalam perjalanan. Macam-macam cadangan diberikan, ada yang nak check in dulu, ada yang nak tidur dulu, ada yang nak lakukan tawaf pada keesokkan paginya. Akhirnya mutawif decide untuk lakukan terus segera sebab kalau lewat nanti bahaya sebab smua sudah berada dalam keadaan ihram. Beg semua dipenuhkan di lobby. Oh yaaa, aku adalah orang ditugaskan untuk menjaga semua bag yang berada di lobby kerana aku satunya manusia yang tidak ikut mereka tunaikan umrah sebab keadaan aku ABC. Maka aku hamba ALLAH paling bertuah dan berpeluang untuk merasai menjaga pantang larang ihram untuk dua hari. (positif kan fikiran). Maka tertidurlah aku di lobby seorang diri bersama satu bas punya bagasi. Memang agak takut sebab nya semuanya lelaki sahaja berada di lobby. Pekerja hotel. Tapi aku percaya aku berada di rumah ALLAH. Tempat yang paling mulia dan suci di muka bumia ALLAH. Aku duduk dan berzikir sehingga tertidur. Sehingga tiba-tiba aku terjaga ada seorang abang kejutkan aku bagi nasi arab dan ayam untuk aku makan. Seperti tahu aku sangat lapar. Aku jamah sedikit sahaja kerana terlalu mengantuk dan sentiasa bermain difikira “AKU KENA JAGA PANTANG LARANG DALAM KEADAAN IHRAM”.  Kemudian manager hotel datang kepada aku dan memberi kunci bilik aku. Yahooo…..!!! Dapat kunci bilik dah. Terus segera masuk ke bilik. Alamak..!! Bagasi along, kaklong, cikcun semua ada bawah. Macam penting diri pulak aku tak angkat barang-barang mereka. Maka turun naiklah aku lift itu empat kali angkut segala bagasi along,kaklong dan cikcun dimasukkan ke bilik. Tidak kemas sedikit pon, terus tidur atas katil. Masa tidur memang aku SANGAT BERHATI-HATI. Aku tidur memang seperti mayat. Lengkap bertudung dan menutup aurat semuanya. Tiada selimut langsung sebabnya aku tak boleh bersarung tangan dan menutup wajah. Tudung tidak dibuka untuk elakkan ada rambut yang gugur. Senang kata kalau malam tu aku mati memang boleh masukkan dalam kubur terus lah.


Alamak lupa nak cerita masa memula aku turun bas. Baiklah mari memulakan kisah aku yang cuak sangat bila nak turun bas dan kaki memijak tanah haram. Turun bas jaa,, kaki dok teragak-agak nak memijak. Yerlah dok dengar baca kisah-kisah pelik yang berlaku di tanah haram bila diri ini banyak dosa yang dilakukan. Ya benar aku mengaku benar diri ini banyak dan melampaw banyaknya dosa yang dilakukan. Takut jugak kang aku pijak kaki tenggelam. Macam tetsing gitew masa aku pijak kaki turun dari bas. Fuhhh...lega alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Kagum melihat kebesaran ALLAH. Syukur ALLAH menerima aku sebagai tetamu NYA walaupun diri ini penuh dosa. 

Dalam jam0400 (waktu mekkah), kedengaran pintu diketuk dengan nada berlagu. Yeahhh aku tahu ketukan itu hanya ayah,along dan mus sahaja yang suka buat. Segera membuka pintu melihat wajah berseri-seri along, kaklong, adam asyraf dan cikcun. Semangat aku menanti cerita dari mereka. Tapi malangnya mereka terlalu keletihan dan terus berehat. Hanya satu kata-kata dari along;

"INDAH RUPA DARI KHABAR"

"BERSINAR-SINAR KA'ABAH TU WALAUPUN HANYA BERWARNA HITAM"

"PUNYA RAMAI MANUSIA"

waaaa...!!waaa...!!waa....!!bila itah punya turn ni. Ni yang mula hati rasa tak tenang nak tidur sebab berkoba-koba sangat rasa nak pergi tau. Kemudian semua tidur, aku juga sambung tidur. Esok akan ada lawatan ke tempat-tempat menarik di Mekkah. Bangun pagi kami agak lewat kerana semua nya masih keletihan. Hari kedua di Mekkah, kami dibawa melawat kawasan perang-perang zaman nabi. Allahuakhbar dah lupa habis dah semua nama tempat lawatan kami. Pada waktu malam, aku segera mandi dan ready untuk memulakan umrah aku yang pertama. Aku dibawa oleh cikcun kerana cikcun lebih arif tempat-tempat di sana. Along dan kaklong pon banyak ikut cikcun. Sebab nya cikcun baru sahaja pulang tunaikan umrah pada April 2014. Alhamdulillah cikcun pon cakap kat aku beliau nak buat tawaf sunat. Maka readylah kami berdua menuju ke Ka'bah untuk umrah aku yang pertama. Eh sebenarnya bukan malam, tapi sebelum waktu maghrib selepas waktu asar.

Kami berjalan kaki dari hotel kediaman kami menuju ke Masjidil Haram. Perjalan dalam 600m. Tapi tak terasa sangat kejauhannya sebab sepanjang perjalanan berjalan kaki itu dibacakan zikir dan selawat ke atas nabi. Lima minit sekali aku bertanya-tanya kepada cikcun, "mana kaabah??tak nampak pon..". Hati penuh debaran menanti saat mahu melihat kaabah. Selepas masuk di pintu masuk, cikcun terus bawa aku menuju ke kaabah. Masa dalam masjidil haram punya ramai manusia. Jalan memang sudah pasti beretuh bahu. Tapi apa pon wudhuk mesti dijaga rapi kerana toilet terlalu jauh nun di luar kawasan. Aku masih nampak manusia sahaja disekeliling aku, tapi wajah kaabah sebenar masih tidak kelihatan.

Tiba-tiba,,,
"Itu ka ka'bah cikcun??"
"Haa...itulah Ka'bah"
Subhanallah...!!!air mata dan bertakung. Kaki semakin laju menuju di hadapan Ka'bah. Berdebar-debar hati. Cikcun dok pesan kat aku, nampak lampu hijau kena start niat dan bermulalah rukun umrah yang kedua, "TAWAF". Aku seperti biasa sejuta soalan;
"mana lampu hijau cik??"
"tu kat atas tu..."
"kena niat apa??"
"tgk dalam buku yang digantung itu"
baru terhegeh-hegeh cari muka surat. kaki masih berjalan laju menuju kawasan lampu hijau (bucu di mana batu hajarul aswad berada). Setibanya di situ maka niatlah aku. Kemudian tgk orang kiri kana semua dok angkat tangan lambai pada bucu di Ka'bah. Aku pon ikut. Kemudian aku mulakan soalan;
"lepas tu nak buat apa cik??"
cikcun dah laju jalan kehadapan. aku igt pesanan ustaz, bahu mesti sentiasa sebelah kiri ka'bah dan jangan sesekali berpaling, kalau berpaling tak sah tawaf itu. Aku dok panggil cikcun. Sekali terus kena;
"dah niat tak boleh sembang atau tanya, tawaf tujuh kali. masa tawaf doa dan minta ampun. kalau kita dua hilang tunggu di pintu masuk ke sa'ie".
Terus segera aku buka buku dan baca segala bacaan serta doa taubat kepada ALLAH selama tujuh pusingan tawaf. Kemudian;

"ALLAH, cikcun p hilang mana pulak?? Tang mana nak cari ni?? Aku mana nak tau pintu masuk sa'ie tang mana. Mampoih dah aku. Lepas ni nak kena buat apa plak dah??..."

Dah mula jalan kehulu kehilir sana sni resah gelisah. Manusia dah mula merempuhi aku. Kemudian teringat kisah ayah ibu dulu masa tunaikan umrah, cikcun hilang, ayah suruh ibu buat solat sunat mohon ALLAH bagi petunjuk. Segera aku buat solat dan zikir kepada ALLAH semoga aku jumpa cikcun aku balik. Alhamdulillah, betul sebenarnya apa yang kamu doa dan pohon di rumah ALLAH pasti ditunaikan ALLAH. Selepas memberi salam aku jumpa cikcun yang sedang berdiri dan mencari aku juga. Kemudian;

"itah dah tunaikan solat sunat tawaf kah??"
"belum lagi...."
"cepat buat..."
"kat mna nak buat..??"
"kat depan ni laa..."
"biaq betoi cik, ni kat tepi jalan. tu nampak guard tu dok halau.."
"jangan banyak cakap, lekaih buat lekaih lekaih.."

Aku dok nampak guard dok mai kat aku nak halau sebab tak boleh tunaikan solat disitu. Kemudian segera aku angkat takbir dan solat. Subhanallah seriously ALLAH mudahkan dan lindungkan. Aku relaks solat dan guard tu lalu sebelah aku tanpa sebut apa pon. Seolan-olah aku seperti tidak wujud langsung di situ. 

Selesai solat sunat tawaf, kami menuju ke kawasan sa'ie dan bermulalah rukun umrah yang ke tiga, "BERSA'IE TUJUH KALI PERJALAN DARI SAFA KE MARWAH". Buku yang digantung di leher menjadi panduan dan bahan rujukan aku. Masa bersa'ie cikcun tak ikut aku. Cikcun berehat di Marwah sebab keletihan dan membaca alquran sementara menugggu aku bersa'ie. Maka bermulalah perjalanan sa'ie aku sebanyak tujuh kali. Subhanallah sumpah aku cakap "MEMANG PENAT SANGAT". Bukannya dekat. Jauh jugak lahh total up perjalanan 7 kali itu. Ada tak salah aku selepas 5 kali perjalanan aku dah memang rasa pening sangat dan dahaga. Tapi gagah teruskan perjalanan jugak sebab nak mati di rumah ALLAH. Bayangkan lah punya nak sangat mati di rumah ALLAH. Tapi ALLAH masih bagi lagi peluang merasai nikmatNYA. Akhirnya selesai rukun umrah aku yang ketiga. Masa selesai bersa'ie tu, apa yang ada dalam fikiran aku??? Aku memikirkan kisah dari sebalik perjalanan sa'ie itu. Tidak dapat aku bayangkan dan gambarkan pengorbanan Siti Hajar ulang-alik sebanyak tujuh kali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sambil membawa anak dalam keadaan panas terik padang pasirnya. Ya ALLAH. besarnya pengorbanan seorang ibu itu untuk mencari air untuk diminum. Zaman sekarang punya sa'ie lengkap air-conditioner dan dalam bangunan. Tiada kepanasan teriknya matahari dan berpeluh-peluh. Semuanya penuh kesempurnaan. Maka sentiasalah ada sifat bersyukur di dalam diri itu.

Seterunya aku melakukan rukun umrah yang keempat iaitu bertahlul. Selesai sahaja bersa'ie, maka terus aku bertahlul. Bertahlul melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkanuntuk umrah. Bagi umrah seseorang itu bertahlul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan sa'ie. Syarat bertahlul adalah bergunting/bercukur sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Kemudian membaca doa. Masih segar diingatan dalam doa yang dibaca itu "rambut yang dipotong itu akan menjadi saksi di padang mashar untuk diri kita sebagai bukti telah menunaikan umrah kerana ALLAH". Masa baca doa tu memang sebak dalam dada.

Alhamdulillah akhirnya rukun umrah yang kelima adalah TERTIB. Maka selesai sudah umrah aku yang pertama. Penuh dugaan dan cabaran. Selesai sahaja semuanya, terus aza maghrib dan kami tunaikan solat maghrib di bukit marwah. Kemudian tunggu solat isyak dan selesai semuanya aku dan cikcun pulang semula ke hotel. Haaa....!!sekarang baru aku rasa kepenatan seperti apa yang mereka rasakan pada hari mula. 

Keesokkan harinya semua jemaah di bawa ke miqat seterusnya untuk niat umrah. Umrah seterusnya tidak wajib. Siapa yang mahu tunaikan umrah perlulah niat di miqat. Aku tak niat sebab tunggu lusa pulak buat umrah. Maka aku lebih banyak melakukan perkara-perkara sunat.

Sambungan seterusnya adalah kisah aku hari ketiga di Makkah.


No comments:

Post a Comment