SeLaMaT uLaNg TaHuN KeLaHiRaN aYaH

14 NOVEMBER. Tarikh bermakna untuk ayah MOHD ROSLI BIN MOHD DIAH
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN AYAH..!!!
Itah sayang ayah sampai SYURGA ALLAH.

Syukur subhanallah ALLAH masih panjangkan umur ayah untuk bersama kami sekeluarga.
Dugaan paling besar sepanjang hidup itah MEI2015 bila dapat tahu ayah sakit jantung. Berderau jantung itah bila ibu call tanya ada mana. Nak minta bawa ayah pi hospital sebab penat. Masa tu itah ada di kepala batas. Segera suruh angah bawa kereta pulang. Telefon ibu semula, ibu bgtaw ayah ada di emergency hospital pantai. Trus shoot ke pantai. Sampai kat tempat emergency, ayah dah dalam bilik zone merah. Terbaring atas katil. Masa tu dah tkejut "what happen to ayah". Ibu cakap maybe kna tahan tunggu keputusan doktor dlu macamana. For a while depat detect ada masalah pada saluran jantung ayah. Selepas dua hari check in dan buat angiogram, dr.awang;
"3saluran jantung block. Kena buat operation bypass.."
ALLAHUAKHBAR..!!sebelum ni ayah tak pernah cakap sakit dada atau sakit jantung. Makan sentiasa berselera, seorang yang happy go lucky, every weekend mesti planning untuk keluarga pergi berkelah. Tetiba dokor terus detect 3saluran block. Segera transfer GH untuk tggu tarikh operation. Setelah check in 10hari di GH ditemani ibu disisi, Dr.Abu bagitahu lusa ayah akan buat bypass. ALLAHUAKHBAR..!!berderau jantung anak ini. Rasa semuanya macam mimpi. Tapi itah percaya ini dugaan ALLAH untuk kami sekeluarga. ALLAH selalu beri kegembiraan pada keluarga kami, kali ini ALLAH cuit sikit dugaan tgk bagaimana kami tempuh.

Selang dua hari itah akan pergi melawat ayah di GH. Walau sibok macamana pon dengan kerjaya, penat, letih pasti cuba luangkan masa untuk melawat ayah. Pergi hospital tukar beg baju ibu dan ayah untuk di basuh dan ditukar dengan baju baru untuk di pakai di hospital. Duduk rumah seorang diri mengajar itah tentang erti berdikari. Uruskan segala urusan rumah seorang diri serta dibantu along dan mus.  Setiap malam bangun doa kepada ALLAH.
"ALLAH tak boleh lagi ambil ayah itah. Itu harta dunia itah. ALLAH kena bagi itah lagi peluang untuk rasa kasih sayang bersama ayah. Kami sekeluarga masih mahu bersama ayah. Tinggai beberapa bulan sahaja lagi itah akan bernikah. Dari zaman sekolah itah selalu doa supaya ayah itah akan jadi wali itah untuk majlis pernikahan itah. ALLAH kena bagi peluang lagi kat itah untuk balas jasa dan pengorbanan ayah. Itah baru setahun kerja dan tak ckup lagi nak balas jasa ayah. Allah kena bagi peluang untuk ayah tgk itah konvo dan ada anak."

Fuhhh macam2 berdoa setiap malam. Doa semoga operation berjaya.
Alhamdulillah keluarga KIZ dan keluarga PSSCM ada buat bacaan yassin dan doa selamat semoga operation ayah berjaya dan semua nya selamat. Masa buat bacaan doa selamat oleh keluarga KIZ diketuai along, memang sebak hati, menangis terus dengar maksud bacaan doa along mohon kepada ALLAH. Hati seorang anak memohon merayu kepada PENCIPTA semoga masih panjangkan lagi umur ayah untuk kami sekeluarga. Beri peluang kami merasa kasih sayang antara satu sama lain dalam keluarga kami.

Khamis adalah hari ayah akan buat operation. Seawal pagi selepas solat subuh segera pergi hospital. Sempat jumpa salam, cium dan minta ampun kat ayah. Jam0630 nurse dah balut satu badan ayah untuk masuk ke bilik operation jam0800. Terkejut tengok ayah dibungkus lengkap. Masa tu ayah cakap “ayah minta maaf kat semua dan ayah maafkan semua”. Bayangkanlah masa tu memang celaru kepala otak dengan sejuta perasaan dan soalan dan menanti juga sejuta jawapan selepas operation. Bibir ayah sentiasa berselawat. Jam0730 ibu,along,mus,itah tolak ayah smp ke OT room. Nurse suruh kami smua salam ayah dan cium ayah. Dimulakan dengan ibu dahulu salam dan cium ayah, kemudian along dituruti mus dan akhir sekali itah. Masa tu masih berdoa, semoga ini bukan yang terakhir untuk itah bersama ayah sebab itah masih perlukan ayah dalam hidup itah. Operation estimation dalam 5jam. Ibu tunggu di bilik menunggu. Itah masuk office balik sbb ada urusan kerja. Begitu juga mus. Along ambil cuti untuk teman ibu. Petang ayah dah keluar dri OT room. Along banyak update pasal ayah dalam group whatsapp. Along hantar gambar terbaru keadaan ayah di CCU.

Subhanallah.!!banyak nya wayar di badan ayah. Balik kerja terus ke CCU. Sorang sahaja dibenarkan masuk. Tgk keadaan ayah bertakung air mata. Orang yang sentiasa ceria di duga ALLAH. Ayah masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mungkin kesan bius masih dalam badan ayah. Pergi pegang tangan ayah. Tangan ayah bengkak dan panas. Kemudian ayah genggam tangan itah. Ayah separuh sedar lagi sebenarnya. Hati itah tak kuat tgk keadaan ayah macamtu. Trus segera ke surau dan berdoa. Semoga esok ayah bukan di CCU lg. Alhamdulillah doa kami semua didengari ALLAH. Keesokkan nya ayah sudah mula sedar. Tapi ayah tak boleh nak cakap. Mungkin masih sakit lagi. Bayangkan tulang dada dibelah. Tengok ayah batuk pon tak sanggup. Rasa kesakitan itu kuat sangat. Mahu sahaja rasa digantikan kesakitan itu pada diri itah. Ibu, along dan mus tolong suapkan makan kat ayah. Masa tu mmg semua sabar layan ayah. Sebab masalah komunikasi. Tak paham ayah minta apa. Huhuhuhu. Alhamdulillah lusa ayah sudah dipindahkan ke wad biasa tapi masih dalam pemantauan nurse. Dalam wad tu banyak pesakit dan semua nya masalah jantung. Selepas dua tiga hari ayah dah boleh bercakap tapi suara keluar tak keluar. Ibu adalah kekasih ayah setiap saat disisi jaga ayah. Anak-anak gilir-gilir datang melawat ayah. Tapi pasti setiap hari salah sorg anak ayah akan datang melawat ayah. Nurse pesan ayah kena banyak berjalan dan jangan tidur sahaja. Mus konvo kami semua tak dapat pergi. Akhirnya bergambar di GH. Takpa janji ada gambar satu keluarga. Masa di hospital pelbagai ragam jenis pesakit ada. Setelah sebulan 3mggu. Akhirnya ayah check-out dan pulang semula ke teratak.


Syukur semuanya selamat. Terima kasih kepada semua doktor pakar dan nurse yang banyak membantu. Terima kasih kepada semua keluarga PSSCM, keluarga KIZ, keluarga HJ.MD.DIAH, rakan-rakan, sahabat handal yang tidak putus mendoakan kesihatan ayah.
Syukur hari ini kami sekeluarga akan sambut Hari Ulang Tahun Kelahiran ayah bersama-sama ditambah dengan dua orang ahli baru. Keluarga ayah semakin hari semakin besar.

Syukur semoga kita semua adalah AHLI SYURGA ALLAH.

ITAH SAYANG AYAH

P/s:terima kasih membaca kisah panjang berjela. Sayangilah kedua ibu dan ayah anda selagi ALLAH masih memberi peluang kepada anda untuk bersama mereka. Hargai setiap detik dan saat bersama mereka dan balas segala jasa, pengorbanan dan budi pekerti mereka, bukan dengan wang ringgit tapi pelbagai cara ada.

No comments:

Post a Comment