5 Persiapan ke RUMAH ALLAH

Assalamualaikum
Seperti yang dijanjikan, sambungan part seterusnya adalah persiapan menjadi TETAMU ALLAH

1.   ILMU
Ilmu. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Ilmu tentang cara-cara menunaikan umrah. Ingat senang-senang sahaja kah untuk tunaikan umrah. U alls semua kena belajar BANYAK PERKARA. Seriously aku cakap. Ilmu sangat – sangat penting sebab apa. Sebab aku takut u alls semua pergi tanpa ilmu nanti bawa balik “DOSA” yang banyak. Antara benda – benda yang u alls kena belajar adalah;
i.             RUKUN UMRAH. Semuanya ada lima.
ii.           PANTANG LARANG DALAM IHRAM. Perkara ini sangat mesti di jaga. Sebab salah sedikit berdosa jadinya dan kena bayar dam. Semuanya ada 13PERKARA.
iii.         CARA TUNAIKAN UMRAH. Kena tahu kat mana nak niat, tawaf kat mana, saie kat mana, bertahlul di mana.

Okey,, benda ni bagi aku paling UTAMA dan ASAS. Bagaimana nak dapat ilmu ini? Subhanallah, cukup mudah untuk mencari ilmu sebenarnya, Cuma atas diri sendiri nak atau tidak sahaja. Sebulan sebelum aku tunaikan umrah, aku banyak pergi ke majlis-majlis ilmu cara tunaikan haji/umrah di masjid-masjid di Pulau Pinang. Google semak kat masjid mana ada taklimat dan ceramah dan segera ke sana untuk collect ilmu sebanyak yang mungkin. Sebab apa aku kata ilmu penting? Nanti aku ceritakan dalam part seterusnya ketika di mana aku sudah berada di tanah suci. Selain daripada pergi dengar ceramah, aku ada dengar ceramah ustaz-ustaz di youtube. Tapi pastikan ceramah yang benar dan tepat berpandukan asas ALQURAN dan SUNNAH. Alhamdulillah seminggu sebelum aku ke tanah suci, aku dan keluarga ada pergi dengar taklimat di Sungai Petani dan disitu siap ada sesi soal jawab yang bagi aku lebih faham.

2.   PASSPORT
Passport kena standby sebulan sebelum tarikh ke sana. Untuk persiapan visa juga. Semua ini di uruskan oleh pihak agen. Seperti yang sudah dimaklumkan bahawa aku tak pernah ada passport sebab seumur hidup aku tak pernah ke luar Negara. Maka ini adalah pertama kali sejarah hidup aku untuk buat passport. Pada permulaannya agak risau sebab urusan hutang PTPTN masih belum diselesaikan lagi. Tapi Alhamdulillah seelsai sahaja semakan yang di buat aku diluluskan untu ke luar Negara. Niat kerana ALLAH semuanya dipermudahkan. Pulau Pinang punya imegresen memang sudah umum sangat ramai manusia overdose. Bayangkan ada yang beratur seawall jam 7pagi. Aku masih memikirkan bagaimana caranya mahu kesana seawall pagi sedangkan aku sedang sepp cuti aku yang mahu di ambil selama dua minggu untuk ke tanah suci. Tapi cuti itu masih belum dimaklumkan kepada pihak syarikat. Kuikuikuikuikuikui. Mehh aku kongsikan cara ALLAH mudahkan urusan membuat passport aku yang penuh dugaan. Sebenarnya ada satu tarikh tu kebetulan aku ada temuduga di KOMTAR untuk Pegawai Kastam W41, aku punya giliran memang nombor akhir sekali. Sedangkan aku sudah bersiap sedia di tempat temuduga jam 8.00 pagi. Maka aku fikirkan aku banyak masa terluang, saja gerak hati untuk ke pejabat imegresen. Sekali aku dapat nombor 297 sedangkan nombor ketika itu adalah 112. Kau boleh bayangkan tak berapa ramai lagi manusia yang perlu aku tunggu. Sungguh kecewa dan keluar semula dari pejabat Imegresen. Subhanallah, siapa sangka ALLAH hantar seorang hamba NYA yang sangat baik bagi nombor baru dan terus tak payah tunggu lelama. Alhamdulillah. Setibanya di kaunter, tak boleh teruskan pulak sebab cap jari tidak dapat detect. ALLAHUAKHBAR kecundang nya hati ini. Disuruhnya ke pejabat pendaftaran untuk buat surat pengesahan. Naiklah aku menunggang motosikal ke pejabat pendaftaran yang jaraknya lebih kurang 7km dari pejabat imegresen. Setibanya di sana, aku memang mahu semuanya cepat. Diberitahu aku kepada abg kaunter aku nak cepat sebab nombor di imegresen sudah dipanggil. Diberinya aku kaunter “ibu hamil / orang uzur”. Gelak tawa hati ini juga, tapi nak cepat aku redah segalanya. Sepantas kilat aku bawa motosikal selaju-lajunya menuju ke pejabat imegresen. Terus menuju kaunter, dikatakan tidak bileh diteruskan pulak sebabnya mata aku pakai “contact lense”. Segera aku buka dihadapannya untuk buat dengan cepat. Alhamdulillah semuanya selesai dan pembayaran hendaklah dilakukan segera. Alamak..!!dalam dompet aku hanya ada RM20 sahaja. Segera keluar pula mencari bank untuk laksanakan pembayaran. Fuhh,,akhirnya siap. Aku diberi surat untuk dating ambil passport pada jam 2ptg. Selesai semuanya segera aku pergi ke tempat temuduga. Siapa sangka. Bonto baru duduk dalam 5minit, angka giliran aku dipanggil. Senyum sampai ke telinga jawapannya. Fuhhh panjang juga kisah passport aku. Apa pun syukur sebab ALLAH mudahkan segala urusan sepenuhnya.

3.   PAKAIAN
Pakaian pun penting juga sebab kau nak tunaikan umrah. Bukan nak jejalan shopping Europe hokeyhhh. Aku ni memula nya pikiaq nak bawa sampai 28 pasang baju. Yerlah ke sana kan sampai dua minggu. Sekali madam besar (ibu) spot-checks bagasi. Semuanya dikeluarkan. Tiada seluar jeans diizinkan ke sana. Hanya jubbah 4pasang di bawa dan 2pasang baju tidur sahaja. Kata ibu, ke sana tak perlu bawa banyak baju. Semua baju akan di cuci di sana. Antara pakaian yang di bawa;
i.             Jubah
ii.           Kain dalam (sebab takot terselak)
iii.         Baju tidur
iv.         Seluar track
v.           Stocking kaki
vi.         Stocking tangan
vii.        Tudung labuh
viii.      Berus baju
ix.         Sabun basuh baju
x.           Berus gigi & Ubat gigi & sabun mandi
xi.         Pakaian “kecil”
xii.        Ubat-ubatan (untuk persiapan sahaja)
xiii.      Tuala mandi & tuala kecik
xiv.      Beg sandang kecil untuk mudah dibawa kemana sahaja
xv.        Kasut (extra sebab takut hilang)
xvi.      Botol air kecil (untuk elakkan dahaga)
xvii.    Lain-lain

Bagi aku kalau boleh ke sana tak payah laa nak bawa beg sebesar alam. Aku pi sana aku bawa beg hiking dan bagasi sahaja. Simple and steady. Cara aku dah sememangnya macam back packers laa sebab aku bawa beg hiking. Sebab aku rasa mudah digalas dan selesa jaa nak kesana kesini usung beg masa di airport nanti.

4.   INFO
Info? Apa info yang perlu u alls tahu? Tengok tarikh yang u alls akan ke sana. Lepas tu google tgk suhu dan cuaca ketika di sana. Kebetulan kami ke sana pada awal Januari. Maka cuaca di sana adalah musim SEJUK. Sejuk yang sehingga menjangkau suhu 12celcius. Maka persiapan untuk musim sejuk mesti dilakukan lepas u alls dah tahu keadaan cuaca di sana. Aku memang bawa sesiap “baju sejuk bulus” ke sana sebagai persiapan. Siap glove tebal lagi hokeyhh.

5.   MENTAL & FIZIKAL
Mental dan fizikal juga sangat penting ketika ke sana. Ingat niat dalam hati nak tunaikan umrah. Nak pohon ampun juta kemaafan daripada ALLAH atas segala dosa yang dilakukan sepanjang kehidupan. Maka doa sepenuh-penuhnya jiwa raga. Senaraikan siap-siap doa apa yang nak didoa. Belajar serba sedikit ilmu. Paling utama nak cakap pasal fizikal adalah ketika melakukan “SAIE”. Jarak saie tu memang agak jauh sebab perjalanan sebanyak 7KALI. Maka stamina diri memang kena kuat dan kental. Dah macam bersukan pulak. Tapi sungguh aku cakap sebab pengalaman. Nanti aku kongsikan pengalaman aku masa saie. Lepas tu mental tu kena banyak zikir dan selawat. Sebab masa kat sana jutaan dugaan dari ALLAH. Tapi itu yang menyeronokkan sebab kau boleh tgk tahap kesabaran diri kau takat mana. >__<



Sampai disini sahaja dulu untuk aku kongsikan persiapan menjadi tetamu ALLAH. Semoga bermanfaat juga kepada kalian semua. Semoga ada juga sedikit secebis saham untuk aku di akhirat kelak atas perkongsian ilmu ini. Ameen

2 comments:

  1. Masya Allah bestnya perkongsian ni. Rasa macam diri sendiri dalam cerita ni eh eh tapi sebenaqnya hang T_T Semoga Allah pilih aku jadi tetamu Dia jugak. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah semoga entry ini dapat jadi satu semangat kepada umat ISLAM yang lain untuk menjadi tetamu ALLAH

    ReplyDelete